Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna DBS PayLah! di pusat penjaja: Lebih sejuta subsidi makanan ditebus

May 03, 2023 | 05:30 AM



Lebih sejuta subsidi makanan telah ditebus oleh penduduk dalam tempoh kurang tiga bulan sejak bank DBS melancarkan skim bantuan kewangan untuk membeli makanan yang bertujuan membantu orang ramai tangani kos sara hidup meningkat yang disebabkan inflasi, kata bank itu.



Daripada jumlah itu, 12 peratus subsidi makanan ditebus oleh warga emas, sementara lagi 24 peratus ditebus oleh kumpulan yang menerima gaji kurang $2,500 sebulan.



DBS berkata bilangan warga emas berusia lebih 62 tahun yang menggunakan PayLah! di gerai penjaja telah bertambah empat ganda dan sokongan dari masyarakat bagi skim itu melebihi jangkaan.



Subsidi makanan itu diberikan dalam bentuk cashback atau bayaran kembali $3 yang diberikan kepada pengguna aplikasi (app) DBS PayLah! di lebih 11,6000 gerai makanan di serata negara yang menunjukkan kod SGQR.



Ia ditawarkan kepada 100,000 pelanggan pertama setiap Jumaat bagi tempoh 12 bulan dari 10 Februari 2023 hingga 19 Januari 2024.



Pengguna akan diberitahu menerusi app PayLah apabila semua ganjaran cashback telah ditebus.



DBS berkata ia menetapkan matlamat memberi subsidi bagi lima juta hidangan makanan menerusi skim ini, yang bertujuan memberi sedikit bantuan kepada kumpulan memerlukan, berlatar keadaan inflasi berterusan yang terus menyebabkan harga makanan naik.



Penjaga berkata perniagaan mereka telah bertambah menyusuli pelaksanaan skim itu, dengan sebahagian berkata pendapatan mingguan mereka bertambah 15-25 peratus, kata DBS.



Tiga pusat penjaja paling popular - yang paling kerap dikunjungi orang yang menggunakan skim itu ialah Pusat Makanan Amoy Street, Pusat Makanan Ghim Moh, dan Pusat Penjaja Kampung Admiralty.



Tiga gerai utama yang dikunjungi pelanggan ialah Yam Mee Teochew Fishball Noodles di Pusat Makanan Kovan; Ding Yee Super Soup di Pusat Makanan Yi Jia; dan Coffee Break at Amoy Street, di Pusat Makanan Amoy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >