Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna kamera awam, data ERP tangani pengganasan

Apr 06, 2016 | 06:57 PM



AGENSI penguatkuasaan undang-undang akan mula menggunakan data daripada kamera video pengangkutan awam dan sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) untuk menjejaki corak perjalanan individu yang mencurigakan.



Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam mendedahkan rancangan tersebut semasa membahaskan Belanjawan kementeriannya di Parlimen, petang tadi, Rabu.



Rancangan tersebut merupakan antara usaha untuk meningkatkan keupayaan perisikan dan penyiasatan pasukan Home Team.



Menekankan bagaimana ancaman serangan pengganasan terhadap Singapura berada di tahap tertinggi baru-baru ini, Encik Shanmugam menjelaskan "dalam sekitaran ancaman yang meningkat itu, kita perlu menggunakan semua sumber yang ada".



Dan ini termasuk menggunakan data yang disediakan kamera pengangkutan awam dan sistem ERP bagi tujuan pengesanan itu.



Bulan lalu, kerprihatinan privasi telah ditimbulkan apabila pemerintah mengumumkan ia akan memperkenalkan sistem ERP generasi selanjutnya yang boleh mengesan keberadaan tepat kenderaan sepanjang 24 jam.



"Pasukan Home Team mesti mampu mengumpul dan menganalisa corak perjalanan yang mencurigakan dan memberi respons secara cepat dan muktamad," kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >