Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna khidmat katering untuk rumah terbuka Raya kian popular

Permintaan semakin meningkat hingga ada yang hajatnya ditolak kerana dibuat pada saat akhir
Jun 30, 2019 | 05:30 AM



TREND menempah makanan atau katering untuk rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini meningkat menjelang akhir bulan penuh berkat ini yang akan melaburkan tirainya dalam beberapa hari lagi.



Tempahan yang diterima meningkat antara 20 peratus dengan 50 peratus berbanding tahun lalu sehingga syarikat-syarikat katering yang dihubungi wartawan terpaksa menolak beberapa tempahan yang dibuat pada saat akhir.



Pengarah Nazreen Catering, Encik Syed Hafeez Chishty, 48 tahun, berkata tempahan bagi set bufet nasi berianinya dianggarkan meningkat sehingga 50 peratus Syawal kali ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Disebabkan bimbang pihaknya tidak dapat menampung permintaan yang masih lagi diterima, beliau telah menolak beberapa permintaan itu sejak kebelakangan ini.



"Tolak bukan kerana enggan dapatkan bisnes. Saya terpaksa tolak kerana bimbang logistik kami tidak dapat menampung tempahan yang bertambah.



"Kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut bukan sahaja dari segi perkakas memanas, tetapi juga kenderaan menghantar dan kakitangan," katanya.



Namun, beliau tidak menafikan "terpaksa" menerima beberapa tempahan, meskipun sedikit, daripada pelanggan setia.



Pihaknya mengambil tempahan bagi tetamu seramai serendah 30 orang hingga sekitar 600 orang.



Mereka yang mengadakan rumah terbuka bukan sahaja pemilik rumah, bahkan badan korporat dan kelab masyarakat yang membuat tempahan bagi acara perjumpaan Hari Raya dengan jumlah tamu yang besar.



Beliau juga berkata jumlah majlis walimah yang terus bertambah sepanjang musim ini merupakan satu lagi faktor mengapa beliau terpaksa menolak permintaan tempahan pada saat akhir.



Ini turut dialami pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli, 52 tahun, yang telah menerima tempahan "besar" daripada badan korporat selain kelab masyarakat, sempena Syawal ini.



"Terus terang saya sendiri terpaksa menolak sesetengah permintaan yang masuk pada saat-saat akhir.



"Sebabnya perkakas kami tidak mencukupi sedangkan ramai pelanggan hari ini yang menempah set bufet sempena rumah terbuka mereka," katanya.



Encik Badrol berpendapat bahawa tempahan yang meningkat itu ada kaitan dengan gaya hidup hari ini terutama dalam kalangan anak muda yang ingin menjimat masa dan tenaga.



"Mentelah pula warga senja seperti ibu bapa mereka yang kian tua tidak sanggup perah tenaga untuk masuk dapur dan menyediakan hidangan lauk-pauk," tambahnya.



Cuti sekolah yang jatuh dalam bulan Syawal ini juga menjadi faktor di sebalik peningkatan trend menempah set bufet untuk rumah terbuka.



Pengurus Mamanda Catering, Cik Masmunah Abdullah, 48 tahun, berkata meskipun cuti sekolah dan mempunyai lebih banyak masa, pasangan muda hari ini lebih gemar menghabiskan masa mereka untuk setakat melayan tetamu mereka sambil menjamu selera.



Justeru, kerja menyediakan jamuan diserahkan kepada syarikat katering, katanya.



"Mereka tidak perlu berpenat-lelah ke pasar dan kemudian "bertarung" dengan periuk belanga untuk menyediakan makanan untuk rumah terbuka.



"Masa dan tenaga dapat dijimatkan dan tumpuan dialihkan pula kepada tetamu yang hadir," ujarnya.



Salah seorang anak pemilik Rumah Makan Minang, Encik Mohamad Ariff Mohamad Zin, 30 tahun, berkata tempahan yang meningkat antara 15 dengan 20 peratus sempena Syawal ini bermakna beliau juga terpaksa "menaikkan sedikit" harga set bufetnya semasa musim perayaan kali ini.



"Memang ada pelanggan tidak berpuas hati kami berbuat demikian.



"Tapi, kami perlu melakukannya kerana tempahan yang bertambah memberi tekanan ke atas tenaga kerja kami yang terus bekerja seminggu selepas Syawal," katanya yang hanya membuka tempahan pada minggu kedua Syawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >