Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna MediSave bagi penjagaan di rumah mulai Oktober: Ye Kung

Jun 05, 2023 | 05:14 PM



MULAI 1 Oktober ini, mereka yang dirawat di rumah akan dibenarkan menggunakan akaun MediSave untuk membayar penyedia perubatan dan rawatan, demikian diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di seminar Pelan Kerja Penjagaan Masyarakat Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) pada Isnin.

Beliau berkata, kementeriannya akan membenarkan penyedia perkhidmatan perubatan yang dibiayai dan disokong oleh Kementerian Kesihatan (MOH) – seperti Yayasan Rawatan di Rumah (HNF) – untuk memfailkan tuntutan bagi pelanggan mereka yang pulang ke rumah, lantas membenarkan mereka menggunakan skim simpanan perubatan nasional MediSave.

Proses ini sama seperti cara mereka memfailkan tuntutan bagi perkhidmatan perubatan di klinik.

Setelah skim itu stabil, ia akan diperluaskan kepada penyedia perubatan dan rawatan rumah yang lain, katanya.

Menurut Encik Ong, peluasan ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menggalak warga emas tinggal di rumah mereka buat selama mungkin, kerana ia lebih baik bagi mereka dari segi emosi dan perubatan.

Semasa acara tersebut, Encik Ong juga mengumumkan bahawa pemerintah akan melanjutkan subsidi dan MediSave bagi konsultasi video untuk perkhidmatan penjagaan paliatif di rumah mulai 1 Julai.

Perubahan ini akan menyokong telekesihatan dari segi kewangan, yang merupakan wadah yang sangat berguna bagi penyedia penjagaan masyarakat, katanya.

Kementerian Kesihatan (MOH) akan secara berperingkat melanjutkan pembiayaan penjagaan kesihatan untuk menyokong lebih banyak perkhidmatan telekesihatan, kata Encik Ong, sambil menambah bahawa pada tahun 2023, subsidi dan MediSave akan dilanjutkan untuk telekonsultasi bagi pengurusan penyakit kronik.

Bilangan orang di Singapura yang menerima rawatan paliatif masyarakat, atau juga dikenali sebagai penjagaan hospis, telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu, dengan kira-kira 8,800 orang yang sakit tenat menerima rawatan sedemikian pada 2022.

Kata Encik Ong: “Kami perlu dan boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membantu dan menyokong warga emas kami untuk menua dalam masyarakat secara sihat dan gembira, dengan kalangan sosial, dikelilingi rakan-rakan dan terlibat dalam aktiviti.”

Oleh itu, sektor ini memerlukan sumber yang lebih tinggi, sama ada untuk merekrut lebih ramai tenaga kerja, mengembangkan skop kerja Pusat Penuaan Aktif (AAC) atau mempromosikan kesukarelawanan atau perkhidmatan bersepadu.

“Usaha ini melangkaui apa yang MOH mampu lakukan, dan merupakan isu yang sedang dalam perbincangan dalam siri Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG di kalangan kementerian,” katanya.

“Kami menyedari bahawa untuk menangani perubahan demografi kami secara tegas, dan untuk mengelakkan peningkatan pesat kelemahan dan penyakit berkaitan usia yang lain, pemerintah perlu mengutamakan perbelanjaan dalam bidang ini dan membangunkan program nasional utama yang sama pentingnya dengan SG Lebih Sihat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >