Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTON ISU

Jadi kaunselor cara terbaik bantu perokok henti tabiat

May 17, 2022 | 05:30 AM



SETELAH 15 tahun merokok, Encik Muchtar Abdul Karim, akhirnya membuang tabiat buruk itu pada 2006.



Mula memupuk tabiat itu sejak remaja, Encik Muchtar telah mencuba sebanyak empat kali untuk berhenti merokok tapi gagal.



Bagaimanapun ketika isterinya mengalami penyakit semput dan mengandung anak pertamanya, beliau bertekad untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.



Hari ini, lelaki berusia 44 tahun itu merupakan seorang kaunselor berhenti merokok yang berharap dapat membantu orang lain mencapai matlamat bebas rokok mereka.



Mendaftar sebagai kumpulan perintis Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Perunding Berhenti Merokok Bertauliah (CQSC) pada 2008, Encik Muchtar berkata beliau telah mendapat inspirasi untuk membantu orang ramai melalui pengalamannya.



"Sekitar dua tahun selepas saya berhenti merokok, saya melihat iklan HPB yang mengatakan bahawa mereka sedang mencari orang untuk menjadi kaunselor berhenti merokok dan pendidik yang berminat untuk melakukannya.



"Sebagai seorang individu yang baru sahaja berhenti merokok dan suka mendidik orang, saya pun tergerak untuk mendaftarkan diri dalam program tersebut.



"Bagi saya ia merupakan masa yang tepat dan ini adalah peluang saya untuk mengongsi pengalaman saya dan membantu mereka yang ingin memulakan perjalanan mereka untuk berhenti merokok," kata beliau yang merupakan seorang pelatih bebas.



Menjadi seorang kaunselor berhenti merokok 13 tahun lalu, Encik Muchtar ditugaskan untuk membantu seorang individu berhenti merokok dengan cara yang berkesan.



Ini termasuk mengenal pasti jenis perokok, punca individu itu merokok, mencari aktiviti alternatif untuk individu itu meluangkan masa serta membantu individu itu melakarkan rancangan berhenti merokok yang terbaik.



Di tanya tentang keprihatinan di kalangan mereka yang dibantu Encik Muchtar berkata:



"Yang pertama ramai akan tanya mengenai simptom ketagihan.



"Selain itu, ada juga isu seperti berat badan yang naik serta perubahan mood."



Meskipun ada segelintir antara mereka yang menghadapi cabaran untuk berhenti merokok, Encik Muchtar tidak pernah berputus asa.



Katanya, melihat individu-individu yang dibantunya komited untuk melakukan perubahan dalam hidupnya, ia turut mendorongnya untuk melakukan terbaik.



Antaranya adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50-an tahun yang boleh dikatakan berjaya dengan kerjaya sebagai seorang pengarah dan mempunyai tiga orang anak perempuan.



"Walaupun beliau sudah berjaya, saya kagum kerana beliau masih mencari aspek lain bagi memperbaiki dirinya.



"Ketika saya berjumpa dengannya, beliau berniat untuk berhenti merokok kerana anak-anaknya.



"Untuk melakukannya, beliau telah mengubah ruang balkoni tempat beliau sering merokok.



"Beliau telah buang semua bekas abu dan peralatan lain untuk merokok supaya tiada siapa pun dapat merokok di sana," jelasnya.



Mengulas tentang pengalamannya sebagai seorang kaunselor berhenti merokok, bapa tiga orang anak itu melahirkan rasa syukur menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka yang mahu menjadi lebih baik.



"Saya faham betapa sukar perjalanan untuk berhenti merokok kerana saya sendiri pernah mengalaminya.



"Saya berharap dapat terus memberi nasihat dan sokongan yang betul kepada mereka yang masih bergelut untuk berhenti merokok.



"Memang agak mencabar tetapi, usah banyak berfikir... mulakan saja perjalanan ini," ujarnya.




GUNAKAN PENGALAMAN UNTUK MEMBANTU
"Sebagai seorang individu yang baru sahaja berhenti merokok dan suka mendidik orang, saya pun tergerak untuk mendaftarkan diri dalam program tersebut.
Bagi saya ia merupakan masa yang tepat dan ini adalah peluang saya untuk mengongsi pengalaman saya dan membantu mereka yang ingin memulakan perjalanan mereka untuk berhenti merokok.''
- Encik Muchtar Abdul Karim.



TIDAK SANGKA BOLEH KETAGIH MEROKOK 
"Apabila saya mula merokok, saya tidak sangka yang saya akan mengalami tabiat buruk merokok.
Daripada merokok sebatang tiba-tiba perlahan-perlahan ia menjadi ketagihan.
Apabila saya mula membeli 10 kotak rokok setiap minggu dan melihat berapa banyak yang saya belanja untuk merokok, saya mula berfikir tentang bagaimana wang simpanan saya 'hilang' begitu saja."
- Encik Muhammad Nuur Syafiq Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >