Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru cemerlang dipilih ‘Valedictorian’ bagi kursus diploma Kerja Sosial NUS

Oct 05, 2023 | 05:30 AM



Dibelenggu kerisauan melihat ramai pelajar kurang berkemampuan di bawah jagaannya kerap tidak hadir ke sekolah, Encik Yahya Abdul Razak, seorang guru sekolah rendah, memutuskan untuk mengambil tindakan memperbaiki situasi tersebut.

Tambahan pula, beliau pernah mengharungi masa sukar sebagai seorang pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik lantas memahami cabaran emosi dan psikologi yang dihadapi pelajar sebegini.

Justeru, pada 2018, Encik Yahya, kini 48 tahun, mengambil Diploma Siswazah Dalam Kerja Sosial daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi membantu meningkatkan kesejahteraan pelajar yang bergaul dengannya dan bekerjasama dengan keluarga mereka.

Keputusan cemerlang dalam pengajian sambilan itu telah membawa pada Encik Yahya, 48 tahun, dipilih untuk menjadi Valedictorian bagi kohortnya pada majlis tamat pengajian yang diadakan di NUSS Kent Ridge Guild House pada Khamis.

Beliau tidak mempunyai hasrat beralih ke bidang kerja sosial sepenuh masa tetapi berasakan ilmu yang ditimba dapat menambah nilai pada tugasnya sebagai pendidik.

Sebelum ini, beliau merupakan lulusan ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti RMIT Melbourne dan bekerja sebagai jurutera selama dua tahun. Setelah itu, hasrat memperkasa lebih ramai anak Melayu membawa padanya memohon untuk menyertai bidang pendidikan dengan mengambil ijazah di Institut Pendidikan Nasional (NIE)/Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2002.


Beliau telah menjadi pendidik sekitar 20 tahun dan turut memiliki kelulusan Sarjana Sains daripada NUS. Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Yahya berkata:


“Bukannya mudah untuk mendapat pencapaian sebegini terutamanya kerana saya harus mengimbangi masa belajar, bekerja dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya yang bersyukur isterinya, Cik Dayang Istiaisyah Hussin, 47 tahun, membantu menjaga dua anak mereka yang berusia 11 dan 12 tahun.

Encik Yahya menambah, kegetiran hidup yang pernah dilalui sebagai anak daripada keluarga kurang bernasib baik, membantunya memahami cabaran emosi dan psikologi yang dihadapi pelajar senasib dengannya.

“Namun, dalam keadaan susah pun, Allahyarham ayah saya menjadi contoh baik untuk diteladani. Beliau bekerja tanpa jemu untuk memindahkan keluarga saya dari flat sewa ke flat milik kami sendiri pada tahun 1980an.

“Bantulah masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Itulah kata-kata Allahyarham yang melekat dalam minda saya sehingga hari ini,” katanya.

Dedikasinya kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan juga membuka ruang buatnya bertugas sebagai penyelidik di Makmal Pembelajaran Sains NIE pada 2015.

“Sebagai seorang guru yang mempunyai kemahiran kerja sosial, saya boleh lebih bersikap empati kepada pelajar dan ibu bapa mereka, serta bekerjasama dengan lebih berkesan dengan kaunselor sekolah untuk memberi sokongan yang sesuai bagi pelajar,” jelasnya.

Encik Yahya juga berbesar hati untuk berkongsi inisiatifnya dalam memperkenalkan sebuah teknik kerja sosial, teknik Temuduga Motivasi (MI), kepada guru-guru dalam Pasukan Jawatankuasa Pembelajaran Profesional di sekolah rendahnya pada 2019.

“Dengan teknik baru ini, guru-guru telah menerapkan amalan untuk membina hubungan yang lebih kuat dengan pelajar dan mencipta lingkungan di mana pelajar berasa didengar dan didukung.

“Saya tidak bercadang untuk berhenti menimba ilmu mahupun usaha saya dalam membangun generasi anak Melayu yang berdaya upaya dan berkeyakinan diri. Saya berharap dapat mengambil satu lagi ijazah sarjana yang khusus dalam penyelidikan kerja sosial di sekolah serta meneroka isu kemiskinan dalam kalangan pelajar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >