Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pentingkan aspek emosi, psikologi untuk kejayaan anak dalam PSLE

Oct 03, 2023 | 05:30 AM



Walaupun Cik Nur Aisyah Zulkapli, 37 tahun, mempunyai empat anak dan berpengalaman sebagai seorang ibu, beliau tidak jemu-jemu menghadiri pelbagai ceramah atau bengkel untuk menambah ilmunya dalam pendidikan anak-anak.

Semasa ditemui Berita Harian, beliau menegaskan bahawa semangat untuk terus belajar dan memperkayakan pengetahuan adalah penting bagi ibu bapa supaya sentiasa mendapat perspektif baharu supaya dapat memahami keperluan anak-anak yang semakin berkembang.


Pada Jun, Cik Aisyah dan anaknya, Iffah Batrisyia Muhd Fairuz, 12 tahun, menyertai bengkel ‘Panduan Ibu Bapa untuk…’ dan ‘Kejayaan dalam PSLE’.

“Pengalaman tersebut bukan sahaja membawa perubahan positif dalam motivasi Iffah terhadap pelajaran, tetapi saya kini dapat memahaminya dengan lebih mendalam serta menjalin hubungan yang lebih erat dengannya,” ujar Cik Aisyah.

Menurut Cik Aisyah, satu pengajaran utama daripada bengkel ‘Panduan Ibu Bapa untuk… ialah Teori Perkembangan Sosial oleh ahli psikoanalisis, Encik Erik Erikson. Teori tersebut telah menzahirkan pemahaman terhadap tahap perkembangan yang dialami oleh Iffah dan juga menggambarkan cabaran psikososial yang harus diatasi pada tahap perkembangan tersebut.


Cik Aisyah, yang bekerja sebagai ejen hartanah, berkata: “Sebelum ini, agak sukar bagi saya untuk memahami emosi Iffah dan sikapnya yang reaktif terhadap nasihat yang diberikan oleh saya dan suami saya. Ini menyebabkan saya boleh menjadi senang marah dengannya.

“Namun, setelah mempelajari tentang teori perkembangan, saya dapat lebih berempati terhadap perubahan emosi dan keperluannya. Saya juga menyedari bahawa saya tidak patut membandingkan cara dia mengawal emosi dan berkomunikasi dengan abang-abang dan kakaknya yang sudah berumur 19, 17 dan 14 tahun dan mencapai tahap perkembangan yang lebih matang.”

Oleh itu, teori itu menjadi panduan yang berguna bagi Cik Aisyah dan suaminya untuk memberi sokongan dan merancang pendekatan yang sesuai untuk anak bongsu mereka. 

Di akhir bengkel itu, sesi perkongsian antara ibu bapa bersama anak masing-masing memberikan Cik Aisyah dan Iffah peluang untuk meluahkan fikiran dan perasaan peribadi. Ini merupakan sesi yang intim bagi Cik Aisyah kerana dapat membina ikatan emosi yang lebih kukuh dengan anaknya.

Selain itu, bengkel ‘Kejayaan dalam PSLE’ telah membawa perubahan positif dalam sikap Iffah terhadap pembelajaran.

“Apabila Iffah melihat ramai rakan sebaya yang turut serta dalam bengkel PSLE, dia dapat belajar dari kekuatan dan kebolehan rakannya. Ini dapat meningkatkan motivasinya untuk berusaha dengan lebih gigih.

“Iffah kini juga lebih pandai menyedari ketika dia mengkritik atau meragui diri, dan ini membantunya untuk menghindari pola fikir negatif seperti itu.

“Para guru juga telah memberitahu saya bahawa sikapnya telah menjadi lebih positif dan proaktif terhadap pembelajaran,” kata Cik Aisyah.

Melalui pengajaran dari bengkel-bengkel Mendaki, Cik Aisyah berharap beliau dapat menjadi tiang sokongan untuk Iffah supaya dia dapat berkembang dan menghadapi cabaran dengan kepercayaan diri yang teguh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >