Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru ditangkap di bawah ISA; kakitangan awam pertama disiasat atas kesalahan berkaitan pengganasan

Jan 11, 2023 | 06:27 PM



SEORANG guru Kementerian Pendidikan (MOE), Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, 38 tahun, telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Oktober lalu.



Ketika ditemui media di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di New Phoenix Park petang tadi (Rabu, 11 Januari), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata Khairul juga merupakan guru sekolah nasional pertama yang ditahan di bawah ISA.



Dia juga pegawai awam pertama yang ditahan bagi kesalahan berkaitan pengganasan.



Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Khairul menjadi radikal sendiri dan bersedia pergi ke Gaza, Palestin, untuk menyertai Hamas dan sayap tenteranya, Izz ad-Din al-Qassam Brigades (AQB), serta mengangkat senjata untuk berlawan menentang Pasukan Pertahanan Israel (IDF).



Khairul merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA kerana mahu menjalankan keganasan bersenjata kerana terjejas dek konflik Israel-Palestin.



Sebelum ini, seorang belia Singapura, Amirull Ali, telah ditahan di bawah ISA kerana merancang melakukan serangan terhadap masyarakat Yahudi di Sinagog Maghain Aboth di Waterloo Street serta merancang pergi ke Gaza untuk menyertai AQB dan berlawan menentang Israel.



Amirull juga didorong perasaan yang kuat terhadap konflik Israel-Palestin itu.



Encik Shanmugam berkata Khairul turut memiliki pandangan yang amat menyokong sifat pengasingan.



Dia antara lain cuba mempengaruhi keluarganya dan berkongsi ceramah oleh pendakwah asing yang radikal di laman Facebook.



Malah, dia juga memberitahu anak-anaknya bahawa mereka tidak boleh menyambut ulang tahun mereka.



Menurut ISD, siasatan mereka sejauh ini menunjukkan bahawa Khairul bertindak sendiri dan tiada tanda yang menunjukkan bahawa dia cuba melibatkan orang lain dalam rancangannya untuk pegi ke Gaza dan menjalankan keganasan bersenjata.



Tambahnya, siasatan juga tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai rancangan melakukan serangan di Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >