Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru jadi radikal dikesan, sedia ke Gaza sertai perjuangan Hamas

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



  • Guru ditahan bawah ISA

  • Tidak lagi mengajar sejak Okt, kata MOE

SEORANG guru Kementerian Pendidikan (MOE), Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, 38 tahun, telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Oktober lalu.



Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam, Khairul menjadi radikal sendiri dan bersedia pergi ke Gaza, Palestin, untuk menyertai Hamas dan sayap tenteranya, Izz ad-Din al-Qassam Brigades (AQB), serta mengangkat senjata terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF).



Dia merancang pergi ke Gaza kononnya untuk menyertai usaha bantuan kemanusiaan untuk mengelak daripada dikesan.



Menurut ISD, dia juga terpengaruh dengan video oleh pendakwah asing yang radikal termasuk Ahmed Deedat dan Zakir Naik, yang meyakinkannya untuk menjalankan keganasan bersenjata.



Ketika ditemui media di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di New Phoenix Park semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata Khairul merupakan guru sekolah nasional pertama yang ditahan di bawah ISA. Dia juga pegawai awam pertama yang ditahan bagi kesalahan berkaitan pengganasan.



"Dasar kami jelas bahawa jika seseorang itu berfikir mahu pergi ke luar negara untuk berlawan bagi apa jua tujuan, kami akan menangkap anda dan kami mengambil pendekatan toleransi sifar.



"Kami juga telah menangkap individu lain yang berfikir mahu berbuat demikian," ujarnya.



Menurut ISD, Khairul, seorang warga Singapura, bersedia mematuhi arahan Hamas, termasuk melakukan serangan bersenjata, menculik dan juga memenggal kepala tahanan perang.



Tambahnya, dia juga yakin menggunakan kemahiran pengendalian senjata dan menjalankan pemantauan di lapangan yang dipelajarinya semasa menjalani Perkhidmatan Negara dari 2004 hingga 2006 dan yakin akan mati syahid sekiranya terkorban semasa melakukan jihad bersenjata.



ISD berkata Khairul juga bersedia menawarkan bantuan perubatan kepada askar AQB dan Hamas dengan kemahiran bantuan kecemasan asas yang telah dipelajarinya.



"Dia yakin bahawa Hamas dan AQB merupakan pembela masyarakat Palestin yang sah dan tindakan ganas mereka terhadap IDF adalah wajar dalam Islam," ujar ISD.



Khairul, yang mula menunjukkan minat terhadap konflik Israel-Palestin pada 2007 setelah menonton video di Facebook yang didakwa menunjukkan serangan penduduk Israel terhadap masyarakat Palestin, pertama kali mempertimbang untuk pergi ke Gaza pada 2012 selepas melihat poster di Facebook yang bertajuk Panggilan Jihad!, yang menunjukkan bahawa Hamas dan AQB sedang menanti relawan bagi misi kemanusiaan ke Gaza.



Dia bagaimanapun tidak meneruskan rancangannya namun terdorong pergi ke Gaza lagi beberapa kali selepas itu apabila konflik Israel-Palestin menjadi tegang, termasuk pada 2014 dan 2021 tetapi dia tetap tidak meneruskan rancangannya disebabkan sekatan perjalanan ketika itu.



Menurut ISD, siasatan mereka sejauh ini menunjukkan bahawa Khairul bertindak sendiri dan tiada tanda yang menunjukkan bahawa dia cuba melibatkan orang lain dalam rancangannya untuk pergi ke Gaza dan menjalankan keganasan bersenjata.



Tambahnya, siasatan juga tidak menunjukkan bahawa dia mempunyai rancangan melakukan serangan di Singapura.



Menurut jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE), Khairul tidak mengajar sebarang kelas sejak Oktober lalu.



"Kes ini menunjukkan bahaya radikalisasi yang terus wujud, termasuk radikalisasi di dalam talian, yang kita semua harus berwaspada.



"MOE menganggap kes ini amat serius dan akan terus bekerja rapat dengan ISD dan masyarakat untuk melindungi sekolah dan pelajar kita terhadap ancaman sedemikian," ujarnya.




PENDEKATAN TOLERANSI SIFAR BAGI KESALAHAN BERKAITAN PENGGANASAN



"Dasar kami jelas bahawa jika seseorang itu berfikir mahu pergi ke luar negara untuk berlawan bagi apa jua tujuan, kami akan menangkap anda dan kami mengambil pendekatan toleransi sifar. Kami juga telah menangkap individu lain yang berfikir mahu berbuat demikian."



- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >