Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Guru perlu jadi pelajar sepanjang hayat, fahami keperluan pembelajaran: Chun Sing

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



SEMUA guru perlu menjadi pelajar sepanjang hayat yang memahami keperluan pembelajaran pelajar yang pelbagai serta menghargai tujuan di sebalik dasar dan amalan pendidikan.



Mereka juga harus memudahkan pengalaman pembelajaran yang bermakna bagi para pelajar mereka, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen semalam.



Beliau menambah bahawa selain memberikan ilmu, guru juga perlu berupaya menggunakan teknologi di bilik darjah dan bekerjasama dengan rakan kongsi di luar persekitaran sekolah, seperti ibu bapa dan industri.



"Namun demikian, kemahiran itu tidak semua diajar kepada mereka pada permulaan kerjaya mereka, dan sebaliknya, akan terus dibangunkan sepanjang kehidupan mereka bekerja,"kata beliau.



Encik Chan berkata demikian bagi menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) mengenai bagaimana Institut Pendidikan Nasional (NIE) telah mempersiap guru pelatih bagi memenuhi permintaan pendidikan yang berubah.



Beliau menyatakan bahawa kecekapan yang diperlukan guru dan peranan yang diminta guru untuk melaksanakan tugas semakin berubah.



"Para pendidik kini mengambil peranan sebagai kurator kandungan dan juga pembangun kandungan, mereka perlu mereka pengalaman pembelajaran, mereka perlu menggunakan platform yang berbeza, dan di samping itu, mereka harus menjadi jurulatih kehidupan bagi pelajar mereka," kata beliau.



Cik Phua turut menanyakan apakah sumber yang diberikan NIE untuk melengkapkan guru-guru dengan kemahiran itu.



Sebagai respons, Encik Chan akur dan berkata keperluan bagi kemahiran para guru kian berubah kerana sifat ilmu dan pendidikan yang telah beralih.



Beliau berkata: "Ilmu sahaja tidak mencukupi. Apa yang lebih penting ialah keupayaan menggunakan pengetahuan untuk memahami dan juga membuat keputusan yang jelas dan baik berdasarkan nilai-nilai murni.



"Itulah sebabnya set kemahiran para guru mesti terus berkembang."



Namun, sementara kemahiran akan berubah dan berkembang, beberapa asas bagaimana guru dilatih tidak akan berubah seperti memupuk nilai-nilai dan pendekatan asas pedagogi untuk mengajar dengan baik, kata beliau.



Encik Chan berkata NIE bekerja rapat dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan kurikulumnya memberi tumpuan bagi melatih guru-guru untuk membina perwatakan para pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >