Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Kajian dan Sumber Dr Muhammad Ariff Ahmad di NIE dilancarkan

MAS
Mar 31, 2021 | 04:21 PM



ADALAH penting bagi Singapura mengiktiraf sumbangan pelopor yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.



Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa melancarkan Hab Kajian dan Sumber Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS RRH@LIBRIS) pagi tadi (31 Mac) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



“Almarhum Dr Muhammad Ariff Ahmad wajar diberi penghormatan tertinggi kami.

“Dr Muhammad Ariff Ahmad banyak memberi sumbangan dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu.



“Selain itu, Cikgu Ariff juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Singapura, menyandang peranan penting dalam banyak majlis serta jawatankuasa  penasihat di peringkat masyarakat dan nasional,” ujar Puan Halimah.



Dr Muhammad Ariff Ahmad, yang juga dikenali sebagai MAS atau Cikgu Ariff, merupakan penulis, pemimpin masyarakat dan pensyarah Bahasa Melayu yang tersohor.



Beliau diketahui sebagai 'bapa bahasa, sastera dan budaya Melayu' dan diberi gelaran Pendeta, gelaran yang begitu terhormat yang hanya pernah diberikan kepada dua individu lain dalam dunia Melayu sehingga hari ini.



 MAS RRH@LIBRIS yang memaparkan artifak dan penulisan Almarhum Dr Ariff  bertujuan menyediakan sumber oleh atau tentang Dr Ariff dan menggalak generasi muda untuk meneruskan perjuangan beliau dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu.



Turut hadir di acara pelancaran tadi ialah balu Almarhum Dr Ariff, Cikgu Sarinah Haji Haniff dan anak perempuan beliau, Cik Shahrulbariah Muhammad Ariff.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >