Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab penuaan aktif baru beri tumpuan kepada jagaan pencegahan

May 26, 2023 | 02:08 PM



Lebih 3,000 warga emas di Bishan, termasuk penduduk apartmen studio blok Golden Jasmine, akan meraih manfaat aktiviti mesra penuaan dengan pelancaran AAH@Bishan, Hab Penuaan Aktif (Active Ageing Hub) pertama St Luke’s ElderCare (SLEC) pada Jumaat.


AAH@Bishan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan penjagaan harian demensia, penuaan aktif dan perkhidmatan pemulihan komuniti untuk penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk kelas kecergasan, bengkel digital, pemakanan dan seni yang direka supaya menggalak penyertaan warga emas.

Kumpulan Fit Agers yang baru dilancarkan memberi warga emas peluang mencuba kegiatan seperti bermain ukulele dan tarian Latin untuk membina kemahiran motor, menguatkan otot dan kestabilan.


“Pembukaan AAH@Bishan menunjukkan bagaimana sektor CommCare boleh bekerjasama dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan dan masyarakat untuk mengambil penjagaan pencegahan transformatif ke tahap yang lebih tinggi,” kata ketua pegawai eksekutif SLEC, Profesor Madya Dr Kenny Tan, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

CommCare, atau Community Care, merujuk kepada sektor penjagaan yang antara lain memberi warga emas peluang untuk dijaga di rumah dan hidup secara bebas dalam masyarakat.

Dengan perubahan jagaan kesihatan kepada jagaan pencegahan, SLEC juga turut bekerjasama dengan doktor keluarga untuk mencipta program-program yang selari dengan inisiatif HealthierSG.

SLEC juga menekankan pembangunan kemahiran digital seperti penggunaan aplikasi Singpass melalui kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) agar warga emas dapat bergerak seiring dengan arus digital.

Dengan kerjasama bersama rakan-rakan kongsi masyarakat, ia diharapkan dapat menubuh rangkaian masyarakat yang dapat mendekati lebih ramai orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >