Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan Deepavali bagi keluarga pendapatan rendah di Woodlands

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 45 relawan akar umbi, termasuk Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, telah meluangkan masa mereka semalam mengunjungi sekumpulan penduduk berpendapatan rendah di Woodlands menjelang sambutan perayaan Deepavali ini.



Usaha mendekati sekitar 400 keluarga yang tinggal di flat sewa di Blok 185A Woodlands Street 13 itu bertujuan menyampaikan habuan khas sebagai menceriakan mereka sempena perayaan tersebut.



Mereka yang turut serta terdiri daripada ahli Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India Persatuan Rakyat; ahli Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra); dan, ahli jawatankuasa kecil belia kedua-dua sayap Persatuan Rakyat (PA) itu.



Setiap keluarga yang dikunjungi menerima habuan yang terkandung dalam beg kitar semula berisi barangan seperti biskut, minuman ringan 'Milo', minuman dalam uncang serta kuih muih.



Acara yang diadakan semalam adalah sebahagian daripada usaha kemasyarakatan PA untuk mengagihkan habuan kepada 3,500 keluarga berpendapatan rendah di serata negara sempena Deepavali.



Menurut PA dalam kenyataaannya, usaha ini sudah bermula sejak 12 Oktober lalu.



Keluarga-keluarga lain akan menerima habuan mereka tidak lama lagi dengan pengagihan dijalankan sehingga 30 Oktober ini.



Masyarakat India di sini akan menyambut Deepavali pada 24 Oktober ini.



Projek kemasyarakatan ini diusahakan secara bersama dengan 90 relawan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India Persatuan Rakyat dan Mesra.



Turut hadir di acara pengagihan semalam adalah Pengerusi Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Cik Amatul Jameel Suhani Sujari, dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India Persatuan Rakyat, Encik K. Ramamoorthy.



Mengulas tentang usaha ini, Cik Amatul berkata:



"Acara ini bukan sahaja bermakna dan menawarkan pengalaman untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kaum semasa perayaan sebegini, tetapi kami berbesar hati untuk melihat MAEC dan IAEC bekerjasama demi kebaikan bersama dan memberi kembali kepada masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >