Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Habuan Raya Haji bagi keluarga susah

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 550 keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di Woodlands, Eunos Crescent dan Bukit Batok menerima habuan barang runcit sempena Hari Raya Haji.



Pengagihan habuan itu diadakan di Kelab Masyarakat Woodlands semalam dan dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.



Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands bekerjasama dengan Global Ehsan Relief dan Chapalang Brotherhood SG bagi inisiatif tersebut.



Barangan keperluan bagi keluarga tersebut diderma oleh Global Ehsan Relief dan 32 kumpulan penunggang motosikal serata Singapura sebagai sebahagian usaha berterusan membantu golongan kurang bernasib baik.



Kumpulan itu termasuk Otai's Bikers Brotherhood, Truckerz Bikerz, Temasek Tourers, Redop Bikers Singapore, Black Sondol, dan Double Trouble.



Setiap pek habuan berisi barangan runcit seperti pes segera, garam, minyak masak, susu pekat dan sirap.



Syed Mohamed Traders (Singapore) juga menderma beras Basmati sebanyak satu kilogram bagi setiap pek habuan itu.



Secara berasingan, benefisiari Woodlands akan menerima daging korban sebanyak satu kilogram pada 31 Julai, yang diderma oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Woodlands dan penasihat serta anggota MAEC Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >