Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Had siling gaji penentu caruman CPF akan dikaji semula

Sebagai sebahagian usaha tingkat kecukupan persaraan rakyat Singapura: Tan See Leng
Mar 05, 2022 | 05:30 AM



HAD siling gaji yang digunakan untuk menentukan caruman kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dikaji semula, sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kecukupan persaraan rakyat Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Namun pemerintah mesti menilai dengan teliti sebarang saranan untuk menggunakan secara lebih liberal simpanan pencarum CPF, kerana ia perlu terus melindungi wang yang diketepikan rakyat Singapura buat hari tua, katanya sebagai respons kepada Anggota Parlimen (AP) semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Pemerintah juga akan melibatkan majikan dan pekerja sebelum sebarang perubahan dilakukan pada had siling gaji CPF, jelas Dr Tan.



AP buruh, Encik Patrick Tay (Pioneer), semasa perbahasan itu, berkata perubahan terakhir adalah enam tahun lalu, pada 2016, apabila had siling gaji dinaikkan daripada $5,000 kepada $6,000.



Dr Tan menarik perhatian, beberapa perubahan untuk meningkatkan kecukupan persaraan telah turut diumumkan semasa Belanjawan pada 18 Februari lalu.



Ini termasuk Jumlah Persaraan Asas akan dinaikkan sebanyak 3.5 peratus setahun bagi anggota berumur 55 tahun antara 2023 dengan 2027.



Kira-kira lapan daripada 10 anggota aktif CPF berusia 55 tahun pada 2027 dijangka dapat memenuhi jumlah itu, meningkat daripada 67 peratus daripada mereka yang mencapai usia 55 tahun tahun lepas, kata Dr Tan.



Kadar caruman CPF juga akan meningkat bagi pekerja lebih tua, dan skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja sedang dipertingkatkan, dengan pembayaran lebih tinggi kepada pekerja berpendapatan rendah mulai tahun depan.



Menteri itu berkata usaha tersebut bertujuan membantu rakyat Singapura menyimpan lebih banyak dan meningkatkan pendapatan persaraan mereka.



"Namun ini semua tidak akan bermakna jika kita tidak terus menjaga simpanan yang rakyat Singapura ketepikan buat hari tua. Dan inilah sebabnya kita mesti menilai dengan teliti sebarang seruan bagi penggunaan lebih liberal wang CPF anggota," terangnya.



Bagi keperluan perumahan, beliau berkata Lembaga CPF menggunakan fleksibiliti bagi warga emas yang menghadapi masalah kewangan yang mahu menggunakan simpanan CPF untuk membeli flat flexi dua bilik.



Pembeli rumah juga boleh menggunakan hasil jualan flat bersubsidi pertama mereka untuk membayar sebarang levi flat jualan semula, tambahnya, sebagai respons kepada AP Parti Pekerja, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).



Mereka yang masih menghadapi kesukaran membeli rumah, termasuk flat flexi dua bilik, boleh menghubungi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mendapatkan bantuan, katanya.



Anggota CPF yang telah mencapai umur 55 tahun yang telah komited untuk membeli rumah boleh menggunakan baki CPF mereka melebihi Jumlah Persaraan Asas untuk membiayainya.



Manakala mereka yang berumur di bawah 55 tahun boleh meminta supaya simpanan Akaun Biasa mereka tidak dipindahkan ke Akaun Persaraan mereka apabila mereka mencapai umur 55 tahun, jika mereka berhasrat mahu menggunakannya untuk perumahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >