Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Haji tertangguh: Jemaah akan terima semula cengkeram dari GSA

May 28, 2021 | 05:30 AM



JEMAAH yang tidak dapat menjalankan ibadah haji tahun ini akan mula menerima wang cengkeram yang sudah dibayar bagi pakej haji kepada ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA).



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata semalam, pihaknya akan mengirim surat kepada kesemua jemaah pada awal bulan depan, untuk memaklumkan mereka akan dihubungi GSA dalam masa dua minggu dari tarikh pengambilan wang pulangan mereka.



Jemaah akan dinasihatkan supaya berbincang dengan GSA masing-masing kerana ada GSA belum lagi menerima pemulangan semula cengkeram dari Arab Saudi.



Ini selepas Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) bersepakat dengan GSA Haji bahawa cengkeram yang dibayar oleh jemaah pada 2020 dan dibawa ke musim haji 2021, perlu dipulangkan semula.



Muis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk memudahkan pemulangan semula cengkeram yang dibayar di negara itu, menurut kenyataan Muis.



Sementara perkara ini sedang diusahakan dengan secepat mungkin, namun tidak ada garis masa yang ditentukan untuk jemaah menerima kesemua jumlah cengkeram yang dibuat, kata Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat dalam satu sidang media secara maya semalam.



Menjelaskan tentang proses pemulangan semula cengkeram jemaah, Ustaz TM Fouzy berkata cengkeram yang dibayar kepada GSA dan belum digunakan telah disimpan oleh pihak Muis.



"Muis telah bekerjasama dengan GSA untuk mengeluarkan cek bagi cengkeram yang bakal dikembalikan kepada jemaah masing-masing.



"Ini sudah pun dilakukan oleh Muis dan GSA akan menyerahkan cek itu kepada jemaah," terang beliau.



Ada sesetengah GSA yang sudah menggunakan wang cengkeram untuk membayar hotel-hotel di Makkah dan Madinah tetapi mampu mengembalikan semula cengkeram sepenuhnya, akan berbuat demikian dengan menggunakan dana mereka sendiri.



"Ini bererti mereka tidak menunggu pihak hotel di sana untuk mengembalikan cengkeram yang sudah dibayar, dan mengeluarkan wang dari saku mereka sendiri untuk membayar jemaah sepenuhnya," ujar Ustaz TM Fouzy.



Sementara itu, ada juga sesetengah GSA yang tidak mampu memulangkan semula cengkeram sepenuhnya disebabkan bajet atau dana tidak mencukupi.



Golongan ini, menurut beliau, akan perlu menantikan pihak hotel mengembalikan wang mereka.



"GSA tersebut akan kembalikan apa sahaja yang mereka ada, dan bakinya, akan dinantikan pihak hotel untuk pulangkan," terang beliau.



Bagi menjamin wang itu, pihak Muis telah mewajibkan pihak GSA supaya memberi jaminan bank untuk melindungi simpanan jemaah, tambah Ustaz TM Fouzy.



"Urusan mengembalikan cengkeram jemaah akan dibuat dengan segera, tetapi bilakah selewat-lewatnya semua akan terima semula, wallahuaklam.



"Kita berharap perkara ini akan disegerakan... dan memohon kepada Kementerian Haji Arab Saudi agar memerintahkan atau meminta hotel-hotel di sana supaya memulangkang cengkeram dengan segera," kata Ustaz TM Fouzy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >