Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Haji: Umur lanjut jemaah, kenaikan kos antara keprihatinan GSA

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) jangkakan lebih ramai jemaah berusia 65 tahun ke atas bakal menunaikan haji tahun ini.



Selain isu kesihatan yang menjadi cabaran utama, GSA-GSA setempat juga jangkakan peningkatan kos sekurang-kurangnya 20 peratus yang akan menimbulkan keprihatinan bagi para jemaah.



Bagi pihak GSA, mereka sudah pun mengorak langkah untuk membuat persiapan dan perancangan selepas pengumuman kuota bagi jemaah haji dikembalikan kepada 900 orang.



Setiausaha Kehormat Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata setiap tahun, jemaah akan menghadapi cabaran yang berbeza.



"Tahun ini kemungkinan besar cabarannya adalah dari segi kesihatan. Selain isu Covid-19, isu penuaan juga kekal menjadi antara cabaran yang perlu ditangani pihak GSA.



"Jadi jemaah berumur 65 tahun ke atas, perlu melakukan persediaan awal seperti mula menjaga kesihatan, bersenam dan menjaga pemakanan mereka dari sekarang," ujar Ustazah Juyda yang juga Pengarah Noor Mohamad Services & Travel.



Menyentuh tentang kos haji, beberapa GSA jangkakan ia akan meningkat berbanding tahun-tahun yang lalu.



Harga asas untuk menunaikan haji mungkin bermula dari $12,000 hingga $20,000, bergantung pada pakej yang dipilih.



Pengarah Urusan Jalaluddin Travel dan Services Pte Ltd, Cik Noor Faizah Mustaffa, berkata:



"Kos haji mungkin lebih dari sebelumnya dan kami jangkakan kenaikan sebanyak 20 peratus kerana kos yang lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya."



Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata:



"Dengan kuota haji untuk pegawai dan petugas juga terbatas, terutama untuk masuk ke Mina, mungkin timbul cabaran untuk menguruskan jemaah yang telah berusia.



"Oleh itu, jemaah yang muda mungkin dapat membantu jemaah warga emas yang mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik dengan meringankan beban mereka seperti menolak kerusi roda, misalnya."



Encik Haffidz berkata:



"Saya jangkakan kos haji juga meningkat terutama harga tiket pesawat dan harga Masyair. (Masyair merupakan hari-hari kemuncak ibadah haji seperti wukuf di Arafah, mabit (bermalam) di Mina dan Muzdalifah serta melontar jamrah di Mina).



"Pihak Saudi telah menswastakan khidmat Masyair bagi mengawal keselamatan, kesihatan dan pengangkutan di Mina serta Arafah dan harganya dijangka juga meningkat."



Laporan lanjut: Jemaah boleh pilih daripada 30 pakej haji: Muis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >