Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Hakim Daerah Kanan ketuai siasatan letupan Tuas

Zaqy: Dijangka kemuka hasil siasatan dalam tiga hingga enam bulan, kesemua lima mangsa cedera kini dalam keadaan stabil
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Siasatan yang dilantik untuk menyiasat letupan di Tuas yang meragut nyawa tiga pekerja baru-baru ini, akan dipengerusikan Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun, yang menerajui siasatan laluan Circle Line di Nicoll Highway yang roboh 17 tahun lalu.



Ia dijangka menyampaikan hasil siasatannya dalam tiga hingga enam bulan, ujar Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semasa melawat tempat kejadian di 32E Tuas Avenue 11 semalam.



Sebelum ini, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menyatakan jawatankuasa itu akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan kejadian di premis syarikat Stars Engrg pada 24 Februari itu.



"Yang penting ialah mengenal pasti penyebab (kemalangan) itu berdasarkan bukti dan apakah pendakwaan perlu dilakukan terhadap pihak tertentu sekiranya mereka bersikap sambil lewa atau melanggar sebarang peraturan," kata Encik Zaqy.



Semalam, beliau juga mengatakan kesemua lima pekerja yang sebelum ini dalam keadaan kritikal kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan unit pergantungan tinggi (HDU).



Kejadian itu kemalangan tempat kerja kedua yang mendorong pembentukan sebuah Jawatankuasa Siasatan. Kejadian terakhir ialah runtuhan Circle Line di Nicoll Highway pada 2004.



Encik Zaqy juga memperkenal ahli lain jawatankuasa itu: Pengurus Besar Petrochemical Corporation of Singapore, Encik Er Lucas Ng Hong Kian, dan Ketua Pegawai Inovasi di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Dr Peter Nagler.



Mereka dan beberapa wakil Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta Pejabat Peguam Negara (AGC) menyertai Encik Zaqy melawati premis kontraktor sistem perlindungan kebakaran Stars Engrg.



Mereka diberi penerangan mengenai status siasatan kemalangan itu, kata MOM dalam satu kenyataan.



Sementara itu, MOM telah menggariskan lima bidang tugas Jawatankuasa Siasatan itu. Pertama, ia perlu menyiasat punca dan keadaan di tempat kejadian yang menyebabkan letupan itu.



Kedua, ia perlu mengemukakan saranan bagi mencegah kejadian seperti itu berulang di tempat kerja.



Ketiga, menimbangkan bukti yang dikemukakan kepada jawatankuasa itu oleh AGC.



Keempat, ia ditugas mengemukakan laporan mengenai siasatan dan saranan mereka. termasuk pengesanan lain berkaitan punca kejadian itu kepada MOM.



Yang terakhir, jika hakim daerah yang mengetuai jawatankuasa itu berpendapat prosiding jenayah perlu dikenakan terhadap sebarang individu terkait dengan kejadian tersebut, beliau perlu menghantar satu salinan laporan tersebut kepada Pendakwa Raya.



"Ini menunjukkan komitmen kami bagi jangka lama kerana ini hanya salah satu daripada (kejadian) yang berlaku dalam Februari," kata Encik Zaqy.



"Jadi... ini amat membimbangkan bagi kami (dan kami) sangat prihatin bagaimana kita memulakan tahun in," ujar beliau lagi.



Menurut Pesuruhjaya Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), Encik Silas Sng, sebelum ini kebakaran di Tuas itu berpunca daripada habuk kanji kentang yang terkumpul di kawasan tertutup dan dipercayai meletup apabila bercampur dengan sumber api.



Bahan tersebut digunakan oleh Stars Engrg untuk menghasilkan produknya.



Sementara itu, 11 orang terkorban ekoran kemalangan di tempat kerja bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >