Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Hakim pesara Sinnathuray meninggal dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hakim pesara Sinnathuray meninggal dunia

Jan 20, 2016 | 12:29 PM

MANTAN hakim Mahkamah Agung T.S. Sinnathuray, yang menghakimi beberapa kes jenayah berprofil tinggi, termasuk kes bunuh Adrian Lim dan pembunuh bersiri John Martin Scripps, meninggal dunia akibat radang paru-paru di Hospital Besar Singapura pada Isnin (18 Jan).

Mendiang, yang sakit beberapa waktu dan mempunyai masalah jantung serta menjalani rawatan dialisis, berumur 85 tahun.

Beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Singapura pada 1 Oktober 1978 dan berkhidmat hingga 1997. Mendiang salah seorang daripada enam hakim semasa dilantik.

Hakim Sinnathuray

Beliau juga berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Penasihat Wang Kertas dan Siling Singapura ketiga dalam Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Singapura selama tiga tahun dari 2005.

Mendiang dianugerah Bintang Perkhidmatan Awam dalam senarai kepujian Hari Kebangsaan pada 2009.

 

Mayat mendiang akan diletak di Diamond Room, Aras 2 Singapore Casket di Lavender Street dari 4 petang Rabu (20 Jan) hingga 4 petang Jumaat, sebelum dibawa bagi upacara pembakaran mayat private.

Mendiang meninggalkan seorang balu berusia 75 tahun, dua anak dan tiga cucu.

Anak mendiang, Cik Shamona, seorang peguam berusia 41 tahun, berkata keluarganya berada di sisi mendiang semasa detik-detik terakhirnya pada petang Isnin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3