Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halal International kini di Marina Bay Sand

Sediakan 180 gerai aneka khidmatan, produk serta hidangan Asia dan Timur Tengah
Nov 25, 2022 | 05:30 AM



ACARA gah yang diminati ramai Halal International 2022 menemui peminat lagi dari hari ini hingga 27 November.



Anjuran firma MegaXpress International Pte Ltd acara berskala besar itu akan diadakan buat julung-julung kalinya di Marina Bay Sand (MBS), di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Dewan B.



Ia menyediakan sejumlah 180 gerai perniagaan menawarkan beraneka perkhidmatan dan produk serta hidangan Asia, termasuk dari Malaysia, Indonesia, Jepun, dan Thailand, serta Timur Tengah.



Hidangan yang dijual termasuk kuih-muih, keropok, rempah ratus, makanan beku, makanan kesihatan dan banyak lagi.



Selain itu, produk gaya hidup seperti fesyen sopan dan anggun bagi Muslimah, produk kecantikan, terapi spa, tudung, demo memasak, pertandingan, senaman, dan cabutan bertuah turut diadakan.



Benefisiari untuk acara Halal International ini ialah My Inspiring Journey (MIJ), iaitu sebuah institusi bagi kanak-kanak dan warga berkeperluan khas.



Menurut Pengurus Komunikasi Media MegaXpress International, Cik Reny Delfina, Halal International 2022 memberikan tenaga dan konsep lebih menarik bagi pengunjung.



"Dengan MIJ menjadi benefisiari bagi acara Halal International 2022, yang menampilkan lebih 180 gerai, kami berharap ia mendapat soko-ngan daripada masyarakat setempat.



"Sebagai sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan, MIJ turut mencari dana melalui kebanyakan acara yang dianjurkan MegaXpress International Pte Ltd, termasuk di Halal International 2022.



"Bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, Halal International 2022 akan membuka tirai dengan pelbagai produk halal dan aktiviti mesra pengunjung.



"Hadirkan diri anda untuk merasai keseronokan festival kali ini," kata Cik Reny.



Tidak ketinggalan juga, acara ini juga akan mengetengahkan barisan selebriti popular tanah air dan dari seberang.



Antara selebriti yang bakal memeriahkan suasana ekspo ini ialah Roslan Shah, Sufi Rashid, Fahrin Ahmad, Keith Foo, Nabila Huda, Zara Zya, Zaiton Sameon, dan ramai lagi.



Antara acara yang semestinya dinantikan ramai ialah penampilan khas penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza, dalam program 'Ikon Seni Malaysia dan Pengasas Produk Kecantikan'.



Acara ini bermula pada 25 November hingga Ahad tanpa bayaran masuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >