Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 1,000 orang hilang $3.9j akibat penipuan ejen hartanah

Aug 26, 2022 | 02:59 PM



SERAMAI 997 orang di Singapura kehilangan sejumlah $3.9 juta sejak Januari tahun ini selepas menjadi mangsa kepada penipu yang menyamar sebagai ejen hartanah, menurut polis hari ini. (26 Ogos)



Menurut polis, terdapat peningkatan semula kes melibatkan penipu yang menyamar sebagai ejen hartanah yang meminta mangsa bayaran untuk mendapatkan sewa bagi sesebuah unit sebelum melihat hartanah itu. 



Polis turut menyatakan mangsa seringkali menjawab penyenaraian hartanah dalam talian dan memulakan perbualan dengan penipu melalui WhatsApp yang didapati dalam senarai palsu itu.



Dalam perbualan itu, penipu yang menyamar sebagai ejen hartanah akan memberikan mangsa keyakinan mengenai kelayakan mereka dengan menghantar gambar kad ejen mereka serta gambar atau video hartanah yang ingin disewakan. 



Penipu kemudian meminta butiran peribadi mangsa untuk menyediakan perjanjian untuk menyewa hartanah itu. 



Apabila mangsa bertanya jika mereka boleh melihat hartanah itu, penipu akan menyatakan bahawa tuan rumah tidak ada di rumah.



Untuk menyakinkan lagi mangsa, penipu akan menghantar satu salinan perjanjian sewa dengan nama dan kad pengenalan pemilik kepada mangsa untuk mereka menandatanganinya.    



Setelah menandatangani perjanjian itu, mangsa akan diarah membuat bayaran untuk deposit sewa, cukai setem, atau bayaran lain bagi mendapatkan sewa itu. 



Mereka akan mendapati bahawa mereka telah ditipu hanya selepas penipu berhenti menghubungi mereka. 



Polis menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengesahkan kesahihan penyenaraian hartanah itu. 



Mereka boleh melakukan demikian dengan berhubung bersama seorang ejen hartanah menggunakan hanya nombor telefon ejen yang didaftar dalam pendaftaran awam Majlis Agensi Hartanah (CEA). 



Orang ramai boleh memeriksa sama ada ejen hartanah didaftarkan bersama CEA dengan mencari nombor telefon ejen dalam daftar itu.   



Jika pencarian tidak membawa kepada halaman profil ejen hartanah, ia bermakna ejen tidak mendaftar nombor telefon bersama CEA dan penyenaraian itu mungkin palsu. 



Orang ramai juga boleh menghubungi agensi hartanah ejen bagi mengesahkan kesahihan penyenaraian itu. 



Orang ramai digesa supaya berwaspada terhadap panggilan dengan awalan "+" yang berasal dari luar negara dan jangan melakukan sebarang pembayaran sebelum melihat dahulu hartanah itu.



Mereka juga tidak seharusnya mendedahkan maklumat peribadi, kad kredit dan butiran bank atau kata laluan, termasuk kata laluan sekali (OTP) kepada sesiapa.   



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >