Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hampir $5.3j dana haram dari sindiket jual peranti dari Canada pada pengedar dadah disita

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



HAMPIR AS$4 juta (S$5.3 juta) dana haram yang dikaitkan dengan kumpulan dari Canada yang menjual peranti telekomunikasi yang disulitkan kepada para pengedar dadah di beberapa negara telah disita.



Sebanyak AS$3,971,468.40 dirampas daripada empat akaun bank di sini oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura dan pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata Jabatan Keadilan Amerika (DOJ), semalam.



Dana tersebut dimiliki oleh Phantom Secure, sebuah rangkaian telekomunikasi yang dienkripsi yang digunakan oleh sindiket jenayah terancang rentas sempadan.



Menurut dokumen mahkamah, Phantom Secure mengiklankan produknya sebagai kebal daripada sebarang percubaan untuk menukar maklumat tersulit ke bentuk asal, pengintipan maklumat rahsia atau permintaan rekod pihak ketiga yang sah. Ia juga memberi jaminan bahawa maklumat yang terkandung dalam peranti itu boleh dihapuskan jika cuba diperolehi.



Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Vincent Ramos dan empat rakan sekerjanya didakwa oleh juri besar persekutuan pada Mac 2018 atas tuduhan mereka mengendalikan sebuah perusahaan jenayah yang "memudahkan pengimportan dan pengedaran dadah rentas sempadan menerusi penjualan dan khidmat peranti telekomunikasi yang disulitkan", menurut jabatan tersebut.



Pada Oktober 2018, Ramos mengaku bersalah atas tuduhan dia dan rakan-rakannya terbabit dalam pengedaran kokain, ganja dan metamfetamin ke beberapa lokasi di serata dunia. Ini termasuk negara-negara seperti Australia, Canada, Mexico, Thailand, Amerika serta rantau Eropah.



Ramos dijatuhi hukuman penjara 108 bulan, dan rangkaian Phantom Secure telah ditutup.



Sebagai sebahagian daripada pengakuan bersalahnya, Ramos bersetuju melepaskan wang kehakiman AS$80 juta. Dia juga bersetuju untuk menyerahkan puluhan juta dolar aset yang dikenal pasti dalam akaun bank di seluruh dunia, serta rumah, Lamborghini, akaun mata wang crypto dan syiling emas.



Wang yang dihantar kembali dari Singapura adalah antara aset yang dikenal pasti oleh penyiasat yang akan dilucutkan.



DOJ Amerika mengatakan bahawa pelanggan Ramos menggunakan produknya untuk memberi kesan buruk dan kadang-kadang menyebabkan maut.



Sebagai contoh, artikel berita pada 5 Mac 2014 melaporkan bahawa siasatan pembunuhan sekumpulan geng terhenti kerana suspek menggunakan alat Phantom Secure untuk menyelaraskan pembunuhan itu.



Jabatan keadilan berkata pihaknya telah bekerjasama dengan CAD di Singapura sejak 2018, untuk mengenal pasti dan merampas semula jumlah yang berkaitan dengan penjualan peranti Phantom Secure.



DOJ memuji usaha rakan sejawatnya di Singapura dalam mengenal pasti, membekukan, dan mengembalikan hasil usaha jenayah Ramos.



"Pemulangan hampir AS$4 juta oleh rakan kongsi kami yang berpangkalan di Singapura memastikan bahawa Vincent Ramos dan pemimpin Phantom Secure akan dihukum kerana jenayah mereka," kata ejen khas Suzanne Turner dari FBI AS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >