Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir separuh yang ditawar surat niat sedia tunai haji 2023

Muis: 1,680 nyatakan kesediaan melalui portal MyHajSG pada tarikh akhir 29 April, digalak buat persiapan sementara tunggu surat tawaran
May 07, 2023 | 05:30 AM



HAMPIR separuh daripada 4,000 pemohon haji yang ditawarkan Surat Niat (LOI) telah melahirkan kesediaan menunaikan haji tahun ini jika ditawarkan tempat pada saat-saat terakhir.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata 1,680 pemohon telah menyatakan mereka bersedia melalui portal MyHajSG pada tarikh akhir 29 April 2023.



Kesemua 1,680 pemohon tersebut digalakkan supaya mula membuat persiapan yang diperlukan sementara menunggu surat tawaran, kata Muis.



Ini termasuk persiapan dari segi fizikal, mental, rohani dan kewangan.



Sekiranya pemohon menerima surat tawaran, mereka dikehendaki membeli pakej haji dan menyerahkan dokumen perjalanan mereka dalam masa yang singkat.



Antara 1,680 pemohon itu adalah Cik Siti Aisyah Idris, 36 tahun, seorang pegawai khidmat pelanggan.



Cik Siti Aisyah berada di Indonesia apabila beliau menerima e-mel daripada Muis pada 26 April.



"Saya sedang menyambut Hari Raya bersama keluarga suami saya di Surakarta apabila saya menerima e-mel daripada Muis.



"E-mel itu memberitahu saya supaya log masuk portal MyHajSG dan menyatakan sama ada saya bersedia jika ditawarkan tempat pada saat-saat terakhir.



"Saya terharu apabila membaca e-mel itu kerana saya membuat permohonan haji 10 tahun lepas. Akhirnya peluang saya tiba," ujarnya.



Cik Siti Aisyah masih belum berumah tangga ketika membuat permohonan haji bersama ibu dan bapanya pada 28 Januari 2013.



Beliau berkata ibu dan bapanya turut menerima e-mel daripada Muis.



"Saya kini sudah berkahwin dan mengandung dengan anak kedua, jadi saya perlu berbincang dengan suami saya sebelum membuat keputusan. Ayah saya juga kini lebih tua dan tidak sihat seperti dahulu.



"Selepas berbincang dengan mereka, saya dan ibu saya menyatakan kesediaan kami dalam portal itu.



"Saya gembira dengan keputusan saya kerana ia adalah peluang sekali dalam seumur hidup," jelasnya.



Cik Siti Aisyah dan ibunya juga telah mengetepikan wang sekiranya mereka terpilih menunaikan haji tahun ini.



Seorang lagi pemohon yang bersedia jika ditawarkan tempat pada saat-saat terakhir ialah Encik Abdul Halim Ahmad Hasan.



Pramugara berusia 53 tahun itu pada mulanya menerima tawaran menunaikan haji pada 2019 tetapi beliau terpaksa menolaknya kerana tidak dapat mengambil cuti dari kerja.



Seperti Cik Siti Aisyah, Encik Abdul Halim juga menerima e-mel daripada Muis pada 26 April.



"Walaupun tempat saya belum disahkan, saya tetap teruja kerana berpeluang menunaikan haji selepas menunggu selama 10 tahun.



"Apabila saya mendaftar pada 1 Februari 2013, saya diberitahu Muis untuk menunggu antara tujuh dengan lapan tahun.



"Tetapi saya menguruskan jangkaan saya sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dan kebetulan Covid-19 melanda pada 2019 dan giliran semua orang ditunda," katanya.



Encik Abdul Halim berkata keputusannya membuat permohonan haji adalah spontan.



"Saya dalam perjalanan pulang daripada kebumikan arwah ibu saya dan kebetulan melalui bangunan Muis. Pada saat itu, saya rasa tergerak hati untuk memohon," kongsi Encik Abdul Halim.



Dalam tempoh 10 tahun menunggu, beliau berjaya melakukan umrah lima kali untuk melepaskan rindu.



Kesemua 1,680 pemohon, termasuk Cik Siti Aisyah dan Encik Abdul Halim sedang menunggu maklumat lanjut daripada Muis mengenai pengesahan tempat mereka.



Muis sedang mengusahakan urusan perjalanan bagi kuota rasmi 900 pemohon sementara menunggu pengesahan kuota tambahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >