Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya 8 pengunjung bagi setiap isi rumah mulai 26 Jan

MTF: Peraturan lebih ketat perlu ekoran kes Covid-19 dalam masyarakat kian bertambah jelang sambutan CNY
Jan 23, 2021 | 05:30 AM



SETIAP isi rumah hanya dibenarkan menerima lapan pelawat sehari bermula Selasa ini, kata Menteri Pendidikan, Lawrence Wong semalam, antara usaha memperketat langkah pengurusan selamat di sini dengan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat meningkat sejak musim perayaan akhir tahun lalu.



Individu pula digesa melawat hanya dua rumah sehari dan hanya ke rumah ahli keluarga semasa perayaan Tahun Baru Cina (CNY) bulan depan.



Langkah yang diperketat ini diumumkan Encik Wong di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam.



Menurut Encik Wong, had lapan orang pelawat itu adalah langkah pencegahan yang diambil bersandar pengalaman pada perayaan CNY tahun lalu di mana banyak kelompok jangkitan Covid-19 boleh dikaitkan dengan perhimpunan semasa perayaan itu.



Buat masa ini, setiap isu rumah dibenar menerima sehingga lapan pelawat pada satu masa.



Meskipun peraturan itu memadai dalam keadaan biasa, ia boleh mencetus kerumitan semasa CNY, kata Enck Wong.



"Ada kemungkinan bertambah penularan sebarang penyakit berjangkit dengan lebih banyak interaksi, dengan lebih banyak kegiatan," kata Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF.



"Berbanding sebulan lalu, kita kini lebih terdedah (kepada jangkitan) dan keadaannya boleh menjadi lebih genting dengan amat cepat, terutama dengan lebih banyak interaksi semasa tempoh CNY."



Bilangan orang yang dibenar berkumpul bagi jamuan dikekalkan pada lapan orang, tetapi Encik Wong mengingatkan supaya mereka memakai pelitup dan tidak berteriak semasa mengamalkan tradisi CNY seperti melambung yusheng.



Pemeriksaan penguatkuasan akan dipertingkat dalam tempoh ini, dan tindakan ketat diambil ke atas pengendali perniagaan yang melanggar langkah pengurusan selamat, katanya lagi.



Selain itu, ujian pengawasan bagi Covid-19 juga akan ditawarkan percuma pada 8 dan 9 Februari kepada pegerai, pekedai dan kakitangan F&B, serta penghantar makanan di kawasan Chinatown.



Dalam pada itu, proses vaksinasi bagi warga emas akan dimulakan di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar bermula Rabu depan, yang dikenal pasti mempunyai bilangan warga emas yang tinggi.



Antara 5,000 dengan 10,000 warga emas di setiap estet perumahan itu akan diundang mendapatkan vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong yang juga pengerusi bersama MTF.



Proses itu, selanjutnya, akan diluaskan ke estet perumahan lain di pertengahan bulan depan.



Memberi kemas kini mengenai program vaksinasi setakat ini, Encik Gan berkata lebih 60,000 orang telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sejak ia dimulakan. Ini termasuk 10,000 individu yang menerima dos vaksin pada Rabu lalu.



"Bilangan ini dijangka terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, selagi kita terus mempertingkat keupayaan pemvaksinan dan operasi kita sementara mengekalkan piawaian keselamatan yang tertinggi," kata Encik Gan, pengerusi bersama MTF.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan berkata 39 staf Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) telah menerima dos kedua vaksin dan melengkapkan keseluruhan proses vaksin.




SEKILAS



Dari 26 Januari



- Had 8 pelawat sehari bagi setiap rumah; individu digesa melawat hanya dua rumah sehari



- Had perhimpunan sosial di luar rumah kekal 8 orang



Dari 27 Januari



- Vaksinasi bagi warga emas secara berperingkat bermula di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar. Program vaksinasi dilanjut ke tempat lain dari pertengahan Februari



8-9 Februari



- Ujian pengawasan Covid-19 percuma bagi pegerai, pekedai, kakitangan F&B, serta penghantar makanan di Chinatown



Pelanjutan subsidi Ujian Rutin Berjadual (RRT)



- Kos jalani ujian Covid-19 bagi kakitangan sektor binaan, marin dan proses, penerbangan dan maritim serta di dormitori akan terus ditanggung pemerintah sehingga 30 September. Sebelum ini, sokongan dijadual berakhir pada 31 Mac




Laporan lanjut :Vaksinasi warga emas mula 27 Jan, projek perintis di AMK, Tg Pagar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >