Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya segilintir sahaja pakar bidang pertukangan genderang di S'pura

May 03, 2021 | 05:30 AM



GENDERANG Melayu memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis seni pementasan dan persembahan muzik tradisional Melayu.



Alat genderang itu termasuk kompang, hadrah, gendang, marwas dan rebana.



Menurut laman www.roots.gov.sg, pertukangan genderang sebelum ini hampir pupus.



Namun ia terdorong untuk kembali aktif selepas Singapura menyaksikan suasana persembahan budaya Melayu di sini, seperti dikir barat, silat dan orkestra Melayu, berkembang dalam tahun-tahun 1990-an.



Selain Singapura, genderang tradisional Melayu juga dibuat di beberapa negara di rantau ini termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei.



Antara kawasan yang mempunyai tradisi pertukangan genderang yang mapan ialah Pulau Bengkalis di Wilayah Riau.



Pengamal kompang di Singapura menganggap kompang Bengkalis Riau sebagai antara kompang yang terbaik.



"Di Singapura, pertukangan genderang merupakan khidmat yang khusus. Dalam litar genderang Melayu, terdapat hanya segelintir sahaja pakar individu yang membuat, memperbaiki dan menyenggarakan genderang Melayu," kata laman tersebut.



Ia menambah hanya rebana dan kompang dihasilkan di Singapura.



Namun penggunaan genderang Melayu kian berkembang ekoran peningkatan bilangan kumpulan genderang campuran, kumpulan dikir barat dan orkestra Melayu tradisional.



Namun, pertukangan genderang tidak luas diamalkan di Singapura kerana ia memerlukan kos tenaga kerja dan bahan yang tinggi.



"Kebanyakan genderang yang digunakan di sini didapatkan daripada pusat-pusat pertukangan serantau termasuk Bengkalis di Wilayah Riau, selain di bandar Malaysia di Muar, Johor dan Pasir Mas di Kelantan," kata laman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >