Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harapan nenek cucu tidak terjebak dalam 'lingkaran musibah dadah'

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



SEJAK cucunya dilahirkan hinggalah sekarang, Cik Junaidah Abd Rahim telah memikul peranan sebagai ibu, bapa dan nenek kepada remaja yang kini berusia 15 tahun itu.



Bapa budak itu, iaitu anak lelaki Cik Junaidah, keluar masuk penjara akibat kesalahan dadah selain terlibat dalam kegiatan tailong.



Ibu budak itu pula telah memutuskan hubungan dengan anaknya itu kerana mempunyai empat lagi anak yang perlu dijaga.



Anak Cik Junaidah dan pasangannya itu bernikah semasa mereka berdua terlalu muda - anaknya berusia 21 tahun dan isterinya pula, 16 tahun.



Sambil menitiskan air mata, nenek berusia 60 tahun ini berkongsi bagaimana beliau tetap cekal membanting tulang sebagai pekerja pembersih untuk menampung segala keperluan cucu tersayangnya itu sejak lahir hinggalah sekarang.



"Semasa cucu saya di tadika, keadaan kami amat mencabar. Keadaan kewangan kami sempit, saya tertekan dan sering marah-marah cucu saya," katanya, yang menitiskan air mata semasa menceritakan kisah itu kepada wartawan, tanda kesal.



Namun, Cik Junaidah berkata mujur beliau lekas sedar bahawa perbuatannya itu tidak akan membantu keadaan. Justeru, beluau sanggup "ke sana, ke sini" untuk cuba dapatkan bantuan bagi cucunya.



Menurut beliau, perkara yang membuatnya sedar ialah beliau mahu cucunya itu mempunyai pendidikan yang baik supaya dapat memutuskan lingkaran musibah yang melanda keluarganya ekoran dadah.



Cik Junaidah mendedahkan, beliau sendiri pernah dipenjara kerana kesalahan dadah. Begitu juga suaminya, yang baru dibebaskan beberapa bulan lalu.



"Cukuplah kehidupan dua generasi keluarga kami musnah kerana dadah. Saya tidak mahu cucu saya pun nasib serupa. Biarlah masa depan dia cerah," ujar beliau.



Cik Junaidah merupakan lebih 60 penerima yang disampaikan dengan wang tunai dalam majlis pemberian habuan oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) di Wisma Mendaki, pagi semalam, yang dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



HGEF menyampaikan antara $120 dengan $2,000 bergantung kepada peringkat persekolahan kanak-kanak. Lebih $24,000 telah diagihkan dana itu kepada 150 penerima tahun ini.



Secara keseluruhan, lebih $24,000 telah diagihkan HGEF sepanjang tahun ini sahaja kepada sekitar 150 penerima.



Mengulas pemberian wang tunai itu, Cik Junaidah berkata apa juga bantuan amat dihargai dan beliau bersyukur terdapat pihak seperti HGEF yang prihatin dengan cabaran yang dihadapi keluarga seperti beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >