Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga air perlu naik agar selaras kenaikan kos: Amy Khor

S’pura juga perlu urus pertumbuhan permintaan air, terutama dalam sektor bukan domestik, yang akan membentuk dua pertiga permintaan jelang 2065
Oct 04, 2023 | 05:20 PM



Harga air perlu dinaikkan agar ia selaras dengan kenaikan kos, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, pada Rabu bagi menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP).

Justeru, harga air perlu dinaikkan sebanyak 50 sen bagi setiap meter padu dalam dua fasa, pada 2024 dan 2025, dengan kenaikan lebih kecil pada fasa pertama selepas mempertimbangkan tekanan inflasi semasa.

“Kos pengeluaran dan pembekalan air telah meningkat dengan ketara sejak semakan harga air pada 2017. Tarif elektrik purata telah meningkat sebanyak 37 peratus.

“Perbelanjaan operasi untuk bahan kimia yang diperlukan untuk pengeluaran air telah meningkat sebanyak 33 peratus disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global dan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

“Perbelanjaan penyelenggaraan telah meningkat sebanyak 18 peratus disebabkan kos yang lebih tinggi untuk perkhidmatan kontrak.

“Kos pembinaan juga telah meningkat sebanyak 35 peratus. Bersama-sama, tekanan kos ini telah membawa kepada peningkatan perbelanjaan pengurusan agensi air negara PUB, sebanyak kira-kira 30 peratus sejak semakan harga air terakhir pada 2017,” kata Dr Khor.

Dalam jawapannya, beliau menekankan bahawa harga air di Singapura disandarkan pada kos pengeluaran dan pembekalan air agar PUB dapat membiayai pelaburan jangka panjangnya secara mampan untuk memenuhi permintaan air pada masa hadapan dan menjaga keselamatan air Singapura.

Beliau menambah bahawa selain menetapkan harga air yang sesuai, penting juga untuk Singapura menguruskan pertumbuhan permintaan airnya, terutama dalam sektor bukan domestik, yang akan membentuk kira-kira dua pertiga daripada permintaan air menjelang 2065.

Untuk mengurus permintaan yang akan bertambah, Dr Khor berkata PUB akan mewajibkan keperluan kecekapan air ke atas projek baru dalam industri intensif air yang mempunyai potensi tinggi untuk kitar semula air mulai Januari 2024.

“Dengan mengitar semula air, syarikat boleh mendapatkan semula kos pelaburan mereka dari semasa ke semasa dan menikmati penjimatan kos pada jangka panjang melalui pengurangan penggunaan air.

“Berdasarkan anggaran kami, tempoh bayaran balik untuk memasang infrastruktur kitar semula sedemikian ialah antara dua hingga empat tahun bagi syarikat fabrikasi wafer dan kurang satu tahun untuk syarikat elektronik dan bioperubatan,” kata Dr Khor

Cik Poh Li San (GRC Sembawang) bertanya bagaimana keperluan kitar semula akan menjejas kos perniagaan,dan bagaimana pemerintah akan menyokong mereka.

Dalam jawapannya, Dr Khor berkata perniagaan boleh memanfaatkan Dana Kecekapan Air PUB untuk melaksana projek kitar semula air, mengguna pakai teknologi inovatif untuk pemuliharaan air dan menjalankan kajian untuk mengenal pasti peluang penjimatan air dalam operasi mereka.

Beliau menambah bahawa PUB juga bekerjasama dengan perniagaan yang mempunyai penggunaan air yang tinggi untuk mengenal pasti cara mengurangkan penggunaan melalui Pelan Pengurusan Kecekapan Air (WEMP) mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >