Harga COE kereta besar, kecil jatuh ke bawah $50,000

MUSIM cuti dan kelembapan ekonomi membuat harga Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan jatuh.

Pada tender terkini yang berakhir pada Rabu (7 Dis), harga bagi Kategori B, iaitu kereta lebih besar, jatuh di bawah harga Kategori A, kecil kereta, kepada $46,229, daripada $53,001 dua minggu lalu.

Ini kejatuhan hampir 13 peratus dan kedua berturut-turut. Bulan lepas, harga COE Kategori B ialah $56,206.

Harga bagi Kategori A, iaitu kereta hingga 1,600cc dan 130bhp, jatuh kepada $48,000 daripada $50,951 dua minggu lalu - kejatuhan hampir 6 peratus dan juga kedua berturut-turut.

Harga bulan lalu ialah $52,668.

Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, juga jatuh.

Harganya berkurangan 8.9 peratus daripada $54,901 kepada $50,010. Sebulan lalu, harga COE kategori ini ialah $56,000.

Bagi kenderaan barangan dan bas, harga COE-nya meningkat 4.5 peratus - daripada $49,002 kepada $51,209.

Harga COE motosikal jatuh $99 - daripada $6,212 kepada $6,113.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:06
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.