Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE motosikal melambung; peniaga, pembeli resah

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SEJAK beberapa bulan lalu, pemilik syarikat menjual motosikal, Triple 4 Motors Pte Ltd, Encik Ridhwan Roslan, berkata ramai pelanggannya yang meninjau-ninjau motosikal baru untuk dibeli, kini sudah menangguhkan atau membatalkan terus rancangan mereka.



Ini ekoran harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi motosikal yang terus meningkat, dan mencapai rekod baru dalam pembidaan Rabu lalu, apabila ia ditutup dengan harga $10,010.



Dalam tender baru-baru ini, COE motosikal mendapat 555 bidaan, 35 bidaan lebih banyak berbanding bidaan tender sebelumnya, iaitu 520 bidaan.



Kuota yang diperuntuk juga berkurangan dengan 406 kuota diberikan dalam bidaan Rabu lalu berbanding 416 kuota dalam bidaan sebelumnya. Ini bermakna permintaan melebihi bekalan COE yang disediakan.



Di samping itu, kuota yang diperuntukkan semakin merosot sedang pemerintah mengekalkan kadar pertumbuhan sifar bagi kenderaan Singapura sehingga 31 Januari 2025.



Trend peningkatan itu membuat para peniaga seperti Encik Ridhwan semakin bimbang, manakala pembeli pula risau, dan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dengan harapan trend itu boleh ditangani bagi mereka membeli motosikal baru yang diperlukan.



Untuk mengatasi cabaran ini, para peniaga motosikal memberitahu Berita Harian (BH) mereka telah mula menawarkan harga dan kadar pinjaman kompetitif bagi memikat pelanggan.



Dalam pada itu, Encik Ridhwan juga menyarankan agar pemerintah menimbangkan untuk mengasingkan kuota COE motosikal bagi pihak komersial dan peribadi.



"Syarikat penyewaan, penghantaran dan motosikal bagi syarikat boleh membuat bidaan di bawah kategori COE yang berbeza. Tinggalkan Kategori D COE untuk mereka yang perlukan motosikal bagi kegunaan peribadi," kata beliau.



Laporan lanjut: Pembeli motosikal dicengkam bimbang COE terus naik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >