Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE naik bagi semua kategori, rekod tertinggi bagi kereta besar, terbuka

Aug 10, 2023 | 06:23 PM



Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat secara keseluruhan dalam bidaan terbaru pada Khamis, dengan kategori kereta besar dan terbuka mencatatkan harga COE tertinggi sejak sistem kuota itu dimulakan pada 1990.

COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi serta kenderaan elektrik (EV) ditutup 4.9 peratus lebih tinggi pada $126,889, berbanding paras paling tinggi sebelum ini iaitu $121,000 pada Jun 2023.

COE Terbuka, yang boleh digunakan bagi pelbagai jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, ditutup 3.35 peratus lebih tinggi pada $126,201. Ini berbanding $122,110 semasa bidaan sebelum ini.

COE bagi kereta lebih kecil dan berkuasa rendah ditutup 4.51 peratus lebih tinggi pada $99,499 berbanding $95,202 sebelum ini.

COE kenderaan komersial pula ditutup 0.12 peratus lebih tinggi pada $82,100 berbanding $82,001 sebelum ini, manakala COE motosikal turut mencatatkan peningkatan sebanyak 9.52 peratus kepada $11,501 berbanding $10,501 sekitar tiga minggu lalu.

Dalam laporan akhbar The Straits Times sebelum ini, peniaga kenderaan berkata penyesuaian baru-baru ini untuk meningkatkan bekalan COE tidak mempunyai kesan ketara pada harga sijil itu kerana syarikat dan pengendali kenderaan terus menjadi pengaruh utama.


Pengerusi kumpulan motor Prime, Encik Neo Nam Heng, berkata:

“Asas bekalan masih terlalu kecil. Dan melihat ke hadapan, peningkatan bekalan bermusim seterusnya – bermula dari tahun depan – mungkin tidak sebesar yang dijangka kerana banyak kereta mempunyai rebat cukai besar, yang bermaksud rebat sekerap mereka amat kecil.

“Pemilik (kenderaan) akan memperbaharui COE mereka untuk menyimpan kereta ini selama lima atau 10 tahun lagi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >