Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat setempat cadang pasang 16,000 pengecas kenderaan elektrik jelang 2030

Jul 22, 2023 | 03:55 PM



Pemandu kenderaan elektrik (EV) boleh mengecas kenderaan masing-masing di lebih banyak tempat di masa depan kerana pengendali alat mengecas Charge+ berkata ia bercadang memasang 16,000 alat mengecas kenderaan elektronik menjelang 2030.

Ini lebih banyak daripada sasaran memasang 10,000 alat mengecas menjelang 2030 yang ditetapkan syarikat itu pada 2020.

Alat mengecas yang bakal dipasangkan syarikat itu merangkumi kededua alat mengecas pantas dan perlahan. Ini akan dipasangkan di tempat letak kereta HDB, kondominium, pusat beli-belah dan bangunan komersial dan perusahaan.

Buat masa ini, jumlah keseluruhan alat mengecas kenderaan elektrik di Singapura belum dapat dipastikan, tetapi dianggarkan lebih 3,800 telah dipasangkan. 

Dalam wawancara dengan akhabr The Straits Times, ketua eksekutif Charge+, Encik Goh Chee Kiong, berkata syarikat itu yakin dapat mencapai sasaran memasang 16,000 alat mengecas menjelang 2030.


Syarikat itu juga dijangka berjaya memasang 6,000 alat mengecas menjelang 2025, kata beliau.

Sejumlah 4,000 daripada angka itu akan dipasangkan di bawah tender EV yang diberikan kepada syarikat itu oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). 

Charge+ antara lima syarikat yang diberikan tender oleh LTA untuk memasang sekurang-kurangnya 12,000 alat pengecas EV di sekitar 2,000 tempat letak kereta HDB menjelang 2025. 

Encik Goh menjangka penggunaan EV di Singapura bertambah lebih pesat antara 2027 dengan 2030. Ini bermakna permintaan bagi alat pengecas akan bertambah.

Charge+, kata Encik Goh akan memasang sekitar 2,000 alat pengecas setahun dari 2026 hingga 2030, selaras dengan tempoh pertumbuhan EV.


Pertumbuhan EV ini dijangka kerana bekalan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dijangka bertambah di masa depan kerana lebih banyak kenderaan akan disekerap kata Encik Goh, yang menggunakan usia kenderaan di Singapura untuk membuat ramalan ini.

Apabila harga COE merosot, lebih ramai orang akan menjadi lebih mampu membeli kenderaan.

Sokongan pemerintah untuk menggalak penggunaan EV juga akan mendorong pertumbuhan EV, kata Encik Goh. Ini termasuk insentif yang diberikan kepada kondominium untuk memasang alat pengecas EV dan rebat bagi orang yang membeli EV.

Encik Goh berkata bateri, komponen paling mahal dalam EV, juga dijangka menjadi lebih murah selaras dengan perkembangan teknologi. 

Faktor ini, bersama kos mengendali EV yang lebih rendah – sekitar dua pertiga lebih rendah berbanding kereta yang menggunakan petrol – akan menarik lebih ramai orang menggunakan EV.

Menurut Encik Goh, 1,000 alat pengecas EV yang kini berada dalam rangkaian Charge+ boleh digunakan awam atau dikongsi, seperti yang ada di kondominium. Angka ini tidak termasuk alat pengecas yang dipasang di hartanah berhalaman.

Selain Charge+, pengendali lagi termasuk SP Mobility, yang mempunyai lebih 600 alat pengecas dan Bluecharge, oleh syarikat tenaga Perancis, Total Energies, yang mempunyai 450 alat pengecas. Semua alat pengecas ini terletak di kawasan awam.  

Singapura telah menetapkan sasaran memasang 60,000 alat pengecas EV menjelang 2030, termasuk 40,000 alat pengecas EV di tempat letak kereta awam dan lagi 20,000 di kawasan privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >