Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE naik semula bagi 2 kategori kereta

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kembali meningkat dalam tender terkini yang ditutup semalam.



Ini sejajar dengan jangkaan pasaran bahawa lebih banyak kenderaan dijual, dengan acara Singapore Motorshow hujung minggu lalu mendorong permintaan bagi kereta.



Premium COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp serta kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt mencapai paras $86,000, lebih tinggi berbanding $80,000 dalam bidaan sebelum ini.



Bagi kereta lebih besar - lebih 1,600cc atau 130 bhp - dan EV yang berkuasa lebih tinggi, premium COE naik daripada $102,002 kepada $105,459.



Namun, premium COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal namun biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, turun sedikit hingga mencapai paras $107,000, berbanding $107,889 sebelum ini.



Menurut pemerhati industri, ini tanda keyakinan lebih rendah bagi tender akan datang, dengan permintaan dijangka merosot lagi.



Dalam pada itu, premium COE bagi kenderaan komersial - yang digunakan bagi van, trak dan lori - juga turun sedikit daripada $77,301 kepada $77,109.



Sementara itu, premium COE bagi motosikal pula naik daripada $10,890 kepada $11,101.



Encik Nicholas Wong, pengurus besar ejen Honda Kah Motor, berkata kenaikan pusingan ini "tidak begitu teruk memandangkan kami mengadakan pameran motor", sambil menambah bahawa tender sebelumnya pada 5 Jan menyaksikan harga jatuh sebanyak $8,000, "yang banyak".



Beliau berkata bekalan COE bagi tempoh kuota Februari-April dijangka lebih besar, dengan kategori utama bagi kereta sehingga 1,600cc meningkat sekitar 10 peratus.



Berpegang pada pandangan yang berbeza, ketua jualan dan pemasaran ejen Nissan Tan Chong Motor, Encik Ron Lim, berkata kenaikan harga dalam pusingan terbaru mempunyai sebab selain Pameran Motor Singapura.



"Jumlah bidaan untuk Kategori A (kereta sehingga 1,600cc) sebenarnya lebih sedikit," katanya.



"Dan untuk Kategori B (kereta melebihi 1,600cc), bilangannya hanya lebih tinggi sedikit."



LTA berkata terdapat 627 bidaan untuk Kategori A dan 514 untuk Kategori B - daripada 649 dan 487 sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >