Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga durian dijangka turun hujung tahun

Nov 05, 2017 | 09:30 PM



 



 



PENGGEMAR durian di Singapura mungkin menghela nafas lega.



Mereka tidak lagi perlu membayar harga tinggi melambung untuk menikmati buah kegemaran mereka ini, kerana harga durian dijangka merosot dalam beberapa minggu mendatang.



Harga durian jenis mao shan wang - atau raja musang -  dijangka jatuh sehingga antara $15 dengan $20 sekilogram, selepas melonjak mencapai lebih $40 awal tahun ini, bersandar bekalan yang lebih rendah dari Malaysia.



Namun, cuaca hujan yang menjejas hasil ladang di pertengahan tahun dijangka reda, dan penjual durian melahir harapan bahawa hasil ladang lebih tinggi pada akhir tahun akan membantu memulih penjualan.



Pemilik Durian 36 di Geylang Road, Encik Alvin Teo berkata penjualan tahun ini merosot ke paras paling teruk dalam sedekad menceburi perniagaan ini.



“Hasil ladang begitu buruh… warga Singapura tidak rela membeli apabila melihat harga tinggi,” kata Encik Teo yang kini menjual durian jenis mao shan wang pada hara $22 sekilogram, hampir seganda lebih rendah berbanding $40 sekilogram bulan lalu.



Harga dijangka terus merosot kepada $18 sekilogram minggu depan, bergantung kepada bekalan, kata Encik Teo.



 Pemilik Ah Seng Durian di Pasar Ghim Moh Encik Shui Poh Sing berkata bekalan durian dijangka melonjak tinggi bulan depan, dengan ladang di Johor dan Pahan memberi hasil secara serentak.



“Musim mendatang ini lebih baik… harga akan jatuh kepada antara $15 dengan $18 bulan depan,” ujarnya.



Combat Durian di Balestier Road berkata kadar penjualannya merosot antara 20 dengan 30 peratus pada musim lalu - Jun dengan Julai - kerana harga yang lebih tinggi.



Pemiliknya Cik Linda Ang berkata:



“Saya berharap harga akan turun jika bekalan yang lebih tinggi dibawa masuk dari Pahang dan Muar. Harga telah pun jatuh daripada $35 minggu lalu kepada $22 pada masa ini.”



Namun, harga durian yang lebih rendah ini mungkin tidak berkekalan kerana permintaan durian di China boleh membuat harga meningkat, kata pemerhati.



Jumlah durian yang diimport oleh China telah meningkat tiga ganda dalam tempoh sedekad yang lalu, dengan Malaysia kini berada di belakang Thailand sebagai pengeksport durian.



“China mendapat keutamaan apabila memilih durian (dari Malaysia) kerana ia boleh menawarkan harga yang baik… ini bermakna durian berkurangan untuk kita,” kata Encik Teo, yang berkata beliau bercadang mengalih tumpuan perniagaannya kepada pasaran di China.



 "Harga durian kian meningkat bagi semua penjual durian di Singapura, dalam tempoh dua tiga tahun ini,” ujar Encik Teo.



Penggemar durian Encik Tommy Lim, 43 tahun, berkata harga durian pastinya lebih rendah musim ini, dengan banyak ladang di Pahang dan Johor menghasilkan buah secara serentak.



“Namun penggemar durian pasti masih merasakan keperitan (berbelanja lebih) kerana harga durian kini lebih tinggi berbanding lima tahun lalu, apabila durian mao shan wang sekitar $8 sekilogram,” ujra Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >