Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jual semula tunjukkan tanda stabil: Pakar

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 0.9 peratus pada suku pertama 2023, mencerminkan keadaan yang semakin stabil yang didorong sikap pembeli yang kian berhati-hati.



Memberitahu Berita Harian (BH), pakar hartanah berkata antara sebab keadaan yang lebih stabil itu ialah langkah mengetatkan keperluan pinjaman dan pengenalan tempoh menunggu 15 bulan pada September 2022.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan, PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying berkata:



"Langkah-langkah itu menjejaskan jumlah pinjaman yang boleh diperoleh oleh pembeli manakala tempoh menunggu 15 bulan mempunyai kesan mengurangkan permintaan bagi flat jualan semula daripada mereka yang telah menjual rumah privet mereka.



"Setelah dua tahun pertumbuhan harga dua angka, ketahanan harga juga bermula dengan lebih ramai pembeli menimbang pilihan mereka."



Sikap hati-hati, langkah ketatkan pinjaman berhasil kawal harga flat jual semula



Pada masa sama, lebih ramai pembeli rumah juga kini mengambil sikap berhati-hati dalam urus niaga jual, beli flat.



Pegawai eksekutif utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim, berkata pihaknya melihat semakin ramai pembeli yang berwaspada apabila diminta meningkatkan tawaran mereka selepas tawaran awal mereka untuk membeli flat itu ditolak oleh penjual.



"Ini kerana harga pembelian yang lebih tinggi mungkin bermakna mereka membayar wang tunai atas taksiran (COV) lebih banyak.



"Dengan had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) diturunkan, pembeli yang tidak mempunyai CPF (Tabung Simpanan Pekerja) mencukupi terpaksa mengeluarkan wang tunai," tambah Encik Lim.



Pun begitu, beliau berkata ia tidak bermakna penjual harus mengurangkan harga kerana kadar pengambilan kerja Singapura kekal tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara juga positif.



"Namun, penjual yang realistik yang lebih terbuka kepada rundingan berkemungkinan besar akan mendapat pembeli dengan lebih cepat," kata beliau.



Meskipun dengan keadaan pasaran hartanah yang semakin stabil, para pakar memberitahu Berita Harian (BH) mereka menjangkakan permintaan keseluruhan bagi flat jualan semula HDB akan kekal sihat pada 2023.



Cik Wong contohnya menjangkakan jumlah flat jualan semula setahun berpotensi melebihi 28,000 unit, iaitu lebih tinggi daripada 27,896 unit jualan semula pada 2022.



Dalam pada itu, para pakar tersebut menarik perhatian kepada trend hartanah kecil yang masih utuh meskipun dengan langkah-langkah penyejukan pada September 2022 untuk mengekang penjualan flat jualan semula - iaitu bilangan flat jualan semula bernilai jutaan dolar yang kekal tinggi.



Memberi perangkaan, Cik Wong berkata pada suku pertama (Q1) 2023, 103 flat jualan semula telah dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta, berbanding 92 unit sedemikian yang terjual pada suku sebelumnya, menurut data transaksi.



"Pun begitu, ia lebih rendah berbanding 111 flat juta dolar yang dijual semula pada suku ketiga (Q3) 2022."



Penganalisis Kanan, Penyelidikan dan Penciptaan Kandungan, One Global Group, Encik Mohan Sandrasegeran, berpendapat peningkatan dalam urus niaga berjuta dolar dalam pasaran jualan semula HDB mungkin disebabkan dua faktor.



Pertama, pembeli rumah yang mencari tempat tinggal lebih luas, dan kedua, mereka yang tidak dapat mencari pilihan yang sesuai dalam pasaran jualan semula privet.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu harga mampu milik rumah semakin menjadi tumpuan sedang harga jualan semula HDB meningkat sebanyak 31.9 peratus dalam tempoh 12 suku terakhir.



Oleh itu, peningkatan pada kadar lebih perlahan harga flat HDB kali ini menunjukkan bahawa langkah penyejukan hartanah terkini berkesan dalam meredakan pasaran, kata pengamat.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata:



"Kegilaan membeli hartanah mungkin akhirnya berakhir.



"Enam bulan setelah pengekangan hartanah, pasaran jualan semula HDB menunjukkan lebih banyak tanda-tanda penyejukan dengan kenaikan harga semakin berkurangan dan permintaan jualan menjadi stabil pada suku pertama."



Rata-rata para pengamat menjangkakan kadar kenaikan harga jualan semula HDB kekal sederhana sepanjang 2023.



"Bagi tahun ini, kita mungkin melihat harga HDB meningkat antara 5 dengan 7 peratus berbanding 10.4 peratus tahun lalu," kata Encik Lim.



Cik Wong pula menjangkakan harga flat jualan semula HDB mungkin meningkat kepada kadar antara 5 dengan 6 peratus, sementara Cik Sun menjangkakan peningkatan antara 5 dengan 8 peratus pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >