Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB terus naik susuli langkah reda pasaran terkini

Kenaikan bagi bulan ke-29 berturut-turut; didorong pembeli yang kembali ke pasaran: Pakar hartanah
Dec 09, 2022 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semua HDB meningkat buat bulan ke-29 berturut-turut pada November, dengan lebih banyak unit bertukar tangan sedang pasaran membuat penyesuaian kepada langkah meredakan pasaran yang terkini.



Harga flat jualan semula HDB meningkat pada tahap yang lebih pantas sedikit iaitu 0.6 peratus bulan lalu berbanding dengan 0.5 peratus pada Oktober, menurut perangkaan awal portal hartanah, 99.co dan SRX, semalam.



Harga meningkat sebanyak 10 peratus dari tahun ke tahun.



Penjualan flat jualan semula HDB turut meningkat semula bulan lalu - kenaikan sebanyak 8.9 peratus kepada kira-kira 2,140 unit - mengubah kemerosotan sebanyak 24.1 peratus pada bulan sebelumnya.



Namun, berbanding dengan November tahun lalu, urus niaga jatuh sebanyak 17.3 peratus.



Penganalisis hartanah mengaitkan momentum yang semakin rancak itu kepada pembeli yang kembali ke pasaran susuli langkah meredakan pasaran yang berkuat kuasa pada 30 September.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata pembeli mungkin membuat pembelian awal sebelum tempoh cuti Disember dan Tahun Baru Cina.



"Namun, kebangkitan semula itu tidak semestinya menandakan pemulihan pasaran kerana penjualan masih lebih rendah berbanding dua bulan sebelum langkah-langkah tersebut," tambahnya.



Pengarah Divisyen Kumpulan Penasihat ERA Realty, Encik Muhd Syafiq Mohd Esa, atau lebih dikenali sebagai Syafiq Focus, berkata kemerosotan dalam jumlah urus niaga pada Oktober ekoran langkah meredakan pasaran adalah kerana orang ramai mengambil pendekatan "tunggu dan lihat".



"Setelah orang ramai merasakan langkah-langkah yang ditetapkan tidak begitu menjejas mereka, mereka kembali ke pasaran.



"Pada masa yang sama, mereka khuatir sekiranya kadar faedah semakin meningkat, jadi itu turut mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli rumah dengan segera," ujarnya yang merujuk kepada kebangkitan semula yang dilihat pada bulan lalu.



Beliau menambah bahawa harga flat jualan semula dijangka akan lebih terkawal tanpa sebarang perubahan drastik dalam bulan-bulan mendatang.



Kenaikan harga dilihat merentasi semua jenis flat, dengan harga unit flat eksekutif meningkat paling besar iaitu 2.5 peratus sementara harga flat di estet tidak matang meningkat 1 peratus dan harga flat di estet matang jatuh sedikit sebanyak 0.1 peratus.



Jumlah flat jualan semula HDB yang diurus niaga pada harga sekurang-kurangnya sejuta dolar berkurangan bulan lalu kepada 26 unit daripada 40 unit pada Oktober. Jumlah flat sedemikian merangkumi 1.2 peratus daripada jumlah jualan semula keseluruhan pada November.



Pengarah Daerah Kumpulan Kanan Bersekutu Singapore Realtors Inc (SRI), Encik Malik Sani, berkata kemerosotan ini mungkin kerana langkah meredakan pasaran yang memerlukan pemilik rumah privet yang ingin membeli flat dijual semula HDB untuk menunggu 15 bulan selepas menjual rumah mereka.



Ini lantas membawa kepada permintaan daripada pembeli yang berkurangan, justeru penjual juga tidak boleh menetapkan harga tinggi, kata Encik Malik kepada Berita Harian.



Jumlah flat yang mencecah sejuta dolar yang dijual bulan lalu merupakan yang paling rendah sejak April.



Sebanyak lima flat mencecah sejuta dolar yang dijual di kawasan tengah Singapura bulan lalu, diikuti Woodlands dan Toa Payoh yang setiap satu mencatatkan tiga unit, manakala Queenstown, Bukit Merah, Clementi, Bedok dan Hougang mencatat dua unit setiap satu. Flat mencecah sejuta dolar yang lain adalah dari Ang Mo Kio, Geylang, Bukit Timah, Serangoon dan Bishan.



Harga tertinggi bagi flat jualan semula bulan lalu ialah $1,345,000 bagi unit DBSS lima bilik di The Peak@Toa Payoh.



Di estet yang tidak matang, jumlah tertinggi ialah $1,100,000 bagi unit apartmen eksekutif di Woodlands Street 83.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >