Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula Ogos naik, 14 bulan berturut-turut

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



PASARAN jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat untuk bulan ke-14 berturut-turut bulan lalu, menurut data dari portal hartanah SRX yang dikeluarkan semalam.



Harga flat jualan semula naik 1.1 peratus bulan lalu, berbanding Julai lalu.



Harga hanya 0.1 peratus kurang daripada puncak yang tercatat pada April 2013, menurut data SRX. Ini bermaksud harga pada September nanti mungkin akan mencapai tahap tertinggi kerana permintaan yang kukuh terus mengatasi penawaran yang tetap.



Dengan lebih banyak penangguhan terhadap pembinaan kini dijangkakan, permintaan bagi flat jual semula terus meningkat meskipun penjualan pada bulan lalu biasanya agak perlahan.



Bulan lalu, akhbar The Straits Times (ST) melaporkan bahawa lima projek Bina Ikut Tempahan (BTO) mungkin menghadapi penangguhan yang berpanjangan selepas kontrak utama bagi projek ini menghadapi masalah kewangan.



Tarikh penyelesaian bagi projek BTO ini, dan juga beberapa projek lain yang sedang dijalankan, pernah ditangguhkan disebabkan gangguan tenaga kerja dan bekalan bagi sektor pembinaan dek pandemik Covid-19.



Timbalan presiden kanan OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun berkata lebih ramai pembeli mungkin boleh beralih ke pasaran penjualan semula sedang pasaran BTO menghadapi ketidaktentuan.



"Sebilangan pembeli yang terjejas mungkin telah memilih mahu membayar harga yang lebih tinggi sedikit untuk flat jual semula, walaupun unitnya lebih tua atau berada di lokasi yang sedikit kurang ideal memandangkan flat jual semula tidak perlu menunggu.



"Dengan rumah yang sudah siap dibina, mereka mempunyai kepastian dan dapat meneruskan pernikahan atau perancangan keluarga mereka," katanya.



Harga tahun ke tahun bagi flat jual semula meningkat 13.7 peratus lebih tinggi berbanding Ogos tahun lalu, dengan kenaikan harga ini dapat dilihat di kedua estet perumahan matang dan bukan matang, serta bagi setiap jenis flat.



Sebanyak 2,748 flat jual semula HDB bertukar tangan bulan lalu, meningkat 3.2 peratus dari bulan sebelumnya.



Ogos juga menyaksikan 26 flat jual semula dijual dengan harga sekurang-kurangnya $1 juta - satu rekod bagi flat jual semula yang dijual dengan harga sejuta dolar dalam masa sebulan.



Flat termahal yang dijual pada bulan lalu merupakan sebuah unit Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) lima bilik bernilai $1,28 juta di Natura Loft di Bishan Street 24.



26 flat itu merangkumi 0.9 peratus daripada jumlah transaksi penjualan semula bulan lalu.



Sebanyak 151 flat jual semula yang dijual dengan harga tinggi dicatat dalam lapan bulan pertama tahun ini, yang juga merupakan rekod bagi flat bernilai berjuta dolar dalam setahun.



Sebanyak 82 flat seperti itu telah dijual tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >