Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga jualan semula HDB naik bulan ke-24 berturut-turut

Naik 1.2% bulan lalu, pada kadar lebih pantas berbanding peningkatan 0.5% pada Mei
Jul 08, 2022 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik buat 24 bulan berturut-turut bulan lalu, walaupun jumlah unit yang dijual berkurang, dengan jumlah flat yang dijual di estet belum matang meningkat.



Harga flat jualan semula HDB naik 1.2 peratus bulan lalu, pada kadar lebih pantas berbanding peningkatan sebanyak 0.5 peratus pada Mei, menurut data awal daripada portal hartanah 99.co dan SRX semalam.



Berbanding Jun tahun lalu, harganya juga meningkat 11.4 peratus, menurut data itu.



Harga flat jualan semula lebih tinggi bagi semua jenis flat di estet matang dan belum matang, dengan harga flat lima bilik meningkat paling pantas pada kadar 1.4 peratus.



Bulan lalu, sebanyak 31 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta, berbanding 30 unit pada Mei.



Flat jualan semula bertukar tangan pada harga tertinggi $1,310,000 bulan lalu. Ia merupakan flat jenis Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di Natura Loft di Bishan.



Di estet belum matang, flat jualan semula yang bertukar tangan pada harga tertinggi merupakan sebuah apartmen eksekutif tingkat bawah di Blok 608 Yishun Street 61, yang sebesar 1,765 kaki persegi.



Ia dijual pada harga $1 juta. Ini merupakan urus niaga ketiga di estet itu yang berjaya mencapai harga $1 juta.



Sebanyak 31 flat yang dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta itu membentuk 1.4 peratus daripada urus niaga jualan semula keseluruhan bulan lalu.



Sementara itu, jumlah flat jualan semula yang dijual berkurangan sebanyak 0.8 peratus, dengan sebanyak 2,139 unit dianggarkan bertukar tangan bulan lalu, berbanding 2,156 unit pada bulan sebelumnya.



Menurut penganalisis hartanah, ini disebabkan jumlah pembeli yang berkurang semasa musim cuti sekolah Jun, bekalan terhad dan tentangan kepada harga yang ditetapkan penjual yang mula dirasakan.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata jumlah flat yang dijual di estet belum matang terus naik daripada 56 peratus Februari lalu hingga 58.9 peratus bulan lalu.



"Sedang harga flat jualan semula terus meningkat, lebih ramai pembeli kian beralih ke estet belum matang yang menawarkan flat pada harga lebih rendah berbanding di estet matang," ujarnya.



Disebabkan permintaan lebih kukuh, harga flat jualan semula di estet belum matang juga bertambah sebanyak 12.3 peratus berbanding Jun tahun lalu.



Sementara itu, harga flat jualan semula di estet matang pula tumbuh lebih perlahan sebanyak 10.2 peratus dalam tempoh yang sama, ujar Cik Sun.



Dalam pada itu, ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, menjangka harga flat jualan semula HDB tumbuh antara 7 dengan 9 peratus bagi baki tahun ini.



Beliau menambah bahawa pengumuman pemerintah baru-baru ini bahawa ekonomi Singapura dijangka tidak mengalami kemelesetan atau stagflasi tahun depan boleh membantu merangsang keyakinan pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >