Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga jualan semula kondo naik 1% pada Ogos

Sep 26, 2023 | 04:55 PM



Harga kondominium jualan semula menunjukkan peningkatan pada Ogos, membalikkan penurunan selama dua bulan berturut-turut dengan lebih banyak unit dijual.

Ia naik 1 peratus pada Ogos, berbanding penurunan 0.2 peratus pada Julai, menurut angka kilat daripada portal hartanah 99.co dan SRX yang dikeluarkan Selasa.

Penganalisis hartanah mengaitkan kenaikan harga kondo kepada langkah menaik taraf daripada flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), disokong oleh pasaran jualan semula HDB yang teguh, lapor The Straits Times.


Memandangkan terdapat kekurangan pelancaran kondo baru pada Ogos, permintaan melimpah ke pasaran jualan semula, kata ketua eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip.

Tahun-ke-tahun, harga jualan semula kondo naik 7.6 peratus, dengan harga di pinggir bandar meningkat paling banyak pada 9.8 peratus.

Naib presiden kanan penyelidikan dan analisis OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, menyatakan bahawa harga jualan semula di pinggir bandar meningkat 1.6 peratus pada Ogos – pertumbuhan paling banyak berbanding daerah lain – dengan lebih banyak projek di pinggir bandar memperoleh Permit Penginapan Sementara (TOP) dalam beberapa bulan kebelakangan.

“Daerah luar tengah membentuk sebahagian besar bekalan rumah dan dianggap lebih berpatutan berbanding rumah privet di daerah lain.

“Oleh itu, walaupun harga rumah pinggir bandar meningkat, permintaan akan tetap ada, sekali gus menyokong harga dalam jangka panjang,” katanya.

Jumlah jualan semula meningkat 3 peratus, dengan anggaran 880 unit bertukar tangan pada Ogos, meningkat daripada 854 unit pada Julai.

Bagaimanapun, berbanding Ogos 2022, jumlah jualan semula merosot sebanyak 16.6 peratus.

Bilangan urus niaga juga lebih rendah daripada purata lima tahun bagi Ogos.

Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata penurunan tahun ke tahun – yang paling menjejaskan jualan semula kondo di daerah tengah teras – mungkin disebabkan kesan langkah penyejukan hartanah April 2023, apabila cukai setem pembeli tambahan (ABSD) bagi warga asing meningkat seganda daripada 30 peratus kepada 60 peratus.

Beliau berkata urus niaga oleh pembeli asing kekal rendah, menyumbang 1.9 peratus daripada jumlah jualan semula pada Ogos. Urus niaga sedemikian meningkat sedikit daripada 1.5 peratus pada Julai.

“Hanya 15 rumah privet jual semula tidak berhalaman dibeli oleh warga asing pada Ogos, dengan 13 unit dibeli oleh pembeli dari Amerika Syarikat, satu dari Indonesia dan satu dari Myanmar,” tambahnya.

Bahagian terbesar urus niaga jualan semula kondo pada Ogos direkodkan di pinggir bandar pada 51.2 peratus. Rumah di pinggir bandar menyumbang 31.2 peratus, manakala baki 17.5 peratus berada di teras tengah Singapura.

Harga transaksi tertinggi ialah $11 juta bagi unit pegangan bebas 2,831 kaki persegi di 3 Orchard By-The-Park.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >