Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar sewa HDB, kondo terus naik pada Julai

Jumlah flat, kondominium yang disewakan juga bertambah
Aug 30, 2023 | 07:19 PM



Kadar sewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terus meningkat bagi bulan ke-37 berturut-turut pada Julai, dengan peningkatan sebanyak 2 peratus.

Ini menyusuli peningkatan 1.4 peratus pada Jun.

Pada keseluruhannya, sewa perumahan awam meningkat sebanyak 24.1 peratus antara Julai 2022 dengan Julai 2023, berdasarkan data kilat daripada portal hartanah 99.co dan Bursa Hartanah Singapura (SRX) yang dikeluarkan pada Rabu.

Secara berasingan, sewa kondominium meningkat pada Julai bagi bulan kedua berturut-turut, naik 1.1 peratus, menyusuli kenaikan 0.2 peratus pada Jun.

Dari segi tahun ke tahun, sewa meningkat 21.6 peratus.

Jumlah sewa juga meningkat pada Julai.

Bilangan unit HDB yang disewa meningkat sebanyak 11 peratus daripada Jun.

Sebanyak 3,320 flat HDB disewa pada Julai, meningkat daripada 2,990 pada Jun.

Ini merupakan jumlah sewa HDB tertinggi yang direkodkan sejak Ogos 2022, kata Ketua Pegawai Data dan Analitik 99.co, Encik Luqman Hakim.

Jumlah sewa kondominium pula melonjak 25.3 peratus pada Julai berbanding Jun.

Sekitar 7,282 unit kondominium disewakan pada Julai, berbanding 5,810 pada Jun.

Ini selaras dengan jangkaan penganalisis bahawa pasaran sewa akan meningkat pada suku ketiga, lapor The Straits Times.


Jumlah sewa tertinggi biasanya direkodkan antara Julai dengan September.

Mereka berkata kenaikan kadar sewa dan jumlah unit HDB yang disewa adalah petanda bahawa penyewa cenderung ke arah pilihan perumahan lebih murah di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan paras pemberhentian pekerja yang lebih pada separuh pertama 2023.

Encik Eugene Lim, eksekutif utama agensi hartanah ERA Realty Network, berkata:

“Selain berpindah dari kondominium yang terletak di kawasan lebih pusat ke kondominium pinggir bandar, beberapa penyewa juga memilih menyewa flat HDB, kerana sewa flat lebih berpatutan daripada kondominium privet.”

Encik Luqman berpendapat sewa HDB meningkat kerana pemilik rumah memanfaatkan jurang sewa antara flat awam dengan unit kondominium.

Encik Mark Yip, ketua eksekutif firma hartanah Huttons, berkata beberapa pembeli unit kondominium yang dilancarkan baru-baru ini mungkin telah menjual flat HDB mereka dan menyewa flat lain buat sementara waktu untuk mengelak membayar duti setem tambahan lebih tinggi.

Sejak hujung April, warga Singapura yang membeli hartanah kediaman kedua terpaksa membayar duti setem tambahan sebanyak 20 peratus, naik daripada 17 peratus.

Menyentuh tentang kondominium, Encik Lim berkata peningkatan bilangan penyewa yang berpindah ke pinggir bandar adalah disebabkan perbezaan jangkaan sewa antara mereka dengan pemilik rumah.

Sewa yang lebih tinggi, khususnya bagi unit di daerah utama, menyebabkan penyewa menjauhkan diri.

Secara purata, kos menyewa unit seluas 1,000 hingga 1,500 kaki persegi di kawasan utama pada Julai ialah $6,600 sebulan, berbanding $5,500 bagi unit bersaiz serupa di pinggir bandar dan $4,800 bagi unit di bahagian subbandar atau ‘suburbs’, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >