Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga pam di S'pura naik semula

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



PENGENDALI pam bahan api di Singapura, kecuali dua syarikat Cina, telah menaikkan harga sekali lagi, selepas pengurangan jangka pendek sebelum hujung minggu Tahun Baru Cina.



Menurut penjejak harga pam Fuel Kaki, Caltex, Esso dan Shell telah menaikkan kadar yang dicatatkan sebanyak kira-kira lima sen seliter, dengan Caltex membuat langkah pertama pada Rabu lalu.



Syarikat China Sinopec dan SPC tidak menyemak semula kadar harga setakat pagi semalam.



Kenaikan harga berlaku apabila penanda aras minyak mentah Brent kekal stabil antara AS$85 (S$111.69) dengan AS$88 (S$115.62) setong - paras tertinggi sejak pertengahan November lalu.



Tetapi ia adalah 50 peratus lebih rendah daripada paras tertinggi yang dicapai pada pertengahan 2022.



Kenaikan harga minyak mentah didorong oleh pembukaan semula ekonomi China, walaupun beberapa pemerhati telah menunjukkan bahawa permintaan untuk produk ditapis seperti petrol dan diesel memberi tekanan di China.



Encik Ong Eng Tong, seorang veteran industri minyak dan perunding, berkata: "Memandangkan populasi kenderaan elektrik China berkembang dengan pesat, kemungkinan lebihan bahan api di negara itu akan berlaku tidak lama lagi."



Menurut laporan firma penyelidikan pasaran S&P Global, pemerintah China telah menaikkan kuota eksport bagi kumpulan pertama produk minyak tapisnya untuk tahun 2023 sebanyak 46 peratus.



Fenomena kenaikan harga pam, walaupun harga minyak kekal stabil bukanlah khusus bagi Singapura sahaja.



Menurut penyedia berita kewangan Barron's, harga pam di Amerika Syarikat telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sebab utama untuk fenomena ini adalah kapasiti penapisan yang lebih rendah dan margin penapisan yang lebih tinggi.



Dengan pelarasan terkini, bahan api termurah di sini masih boleh didapati di Sinopec, yang menjual petrol gred oktana 95 yang popular pada harga $2.12 seliter selepas diskaun (menggunakan kad OCBC Bank), manakala harga tertinggi $2.37 dipetik oleh Esso dan Shell (menggunakan pelbagai kad).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >