Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN COVID-19 TERHADAP EKONOMI

Harga pam minyak di sini belum cermin kemerosotan harga pasaran

Mar 11, 2020 | 05:30 AM



HARGA pam minyak di Singapura belum mencerminkan kadar minyak mentah yang telah susut.



Kadar petrol setempat pada bulan ini hanya merosot 5 peratus berbanding Januari, meskipun harga minyak mentah Brent telah merosot hampir 50 peratus dalam tempoh yang sama.



Menurut Fuel Kaki, laman yang membandingkan harga minyak pam yang dimulakan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), minyak gred 95-oktana kini berharga $2.24 seliter bagi semua jenama sebelum diskaun.



Ini adalah 4.7 peratus lebih rendah berbanding harga pada pertengahan Januari, lapor The Straits Times.



Minyak mentah Brent pula, yang digunakan sebagai tanda aras, telah menjunam 49 peratus daripada AS$65 ($90.16) setong kepada AS$33.20 ($46.05) setong dalam perdagangan awal pada Isnin.



Arab Saudi merancang meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya melebihi 10 juta tong sehari pada April daripada 9.7 juta tong sehari dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan telah mengurangkan harga eksportnya untuk menggalak firma penapis membeli lebih banyak.



Russia, antara pengeluar minyak mentah terkemuka dunia selain Arab Saudi dan Amerika, juga berkata ia boleh meningkatkan pengeluaran dan negara itu boleh bertahan dengan harga minyak yang rendah selama enam hingga 10 tahun.



Pengeluar syal Amerika melaksanakan pengurangan perbelanjaan berterusan dan dapat mengurangkan pengeluaran selepas keputusan Opec untuk terus menyuntik dalam pasaran global yang terkesan oleh penguncupan permintaan berikutan Covid-19.



Walaupun pakar menjangka harga pam minyak di Singapura akan turun dalam beberapa hari, mereka tidak rasa ia akan turun sejajar dengan kadar minyak mentah,



Pakar runding industri minyak Encik Ong Eng Tong berkata:



"Seperti biasa, syarikat minyak akan katakan bahawa kita harus menunggu minyak yang lebih murah untuk sampai, dan mereka harus menghabiskan produk yang mahal dahulu. Tetapi apabila harga minyak mentah naik, mereka dengan segera menaikkan harga minyak pam. Anda akan rugi dalam kedua-dua situasi."



Kali terakhir harga minyak mentah semurah sekarang adalah pada 2016.



Pada tahun itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) melaporkan bahawa syarikat minyak telah memindahkan sekitar 70 peratus daripada perubahan kos minyak kepada pengguna.



Dalam satu kajian perubahan harga yang dijalankan dari 1 Januari 2010 hingga 31 Januari 2016, suruhanjaya itu mendapati bahawa bagi setiap 10 sen dalam penaikan atau penurunan harga borong petrol, harga pam akan naik atau turun sebanyak tujuh sen sahaja.



Kata mereka, tiada perbezaan ketara yang didapati dalam kecepatan perubahan itu sama ada harga naik atau turun.



ExxonMobil, peruncit minyak terbesar di Singapura, berkata harga minyak pam dipengaruhi oleh harga borong produk itu, yang akan turun dan naik berdasarkan faktor permintaan dan penawaran, seperti keadaan ekonomi dan faktor bermusim, pengeluaran bahan api, aras inventori serta kos penyimpanan dan pengangkutan.



"Harga minyak mentah adalah hanya satu daripada banyak faktor lain," tambah mereka.



"Selain harga borong, harga runcit produk juga dipengaruhi faktor lain seperti pemasaran, penyimpanan, harga tanah, cukai pemerintah, kadar pertukaran mata wang dan pasaran yang bersaing."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >