Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga sayur lebih tinggi dek tengkujuh di M'sia

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



MUSIM tengkujuh akhir tahun di Malaysia menyebabkan sayur yang dijual di sini lebih mahal, dengan harganya naik hampir seganda berbanding beberapa minggu lalu.



Penjual sayur Singapura berkata kenaikan harga itu bukan di luar jangkaan, sambil menambah bahawa sayur berdaun mudah rosak akibat hujan lebat.



Seorang jurucakap pasar raya NTUC FairPrice berkata sayur lebih tahan lasak seperti timun dan peria kira-kira 5 hingga 15 peratus lebih mahal, manakala harga sayur lain yang diimport dari Malaysia secara am stabil.



Beliau berkata FairPrice akan terus memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah bahawa rangkaian pasar raya itu pada mulanya menyerap kenaikan kos pada Oktober dan secara progresif menyesuaikan harga hanya dari awal bulan ini.



"Walaupun Malaysia sumber penting bagi bekalan sayur, kami juga mendapatkan sayur dari Thailand, Indonesia, China dan dari ladang tempatan," tambahnya kepada The Straits Times.



DFI Retail Group, yang menguruskan rangkaian pasar raya Cold Storage dan Giant, berkata: "Kami melihat kenaikan harga kos beberapa barangan kami berikutan cuaca buruk baru-baru ini, diburukkan lagi oleh kesesakan di pelabuhan, yang menjejaskan bekalan."



Namun Giant akan mengekalkan harganya pada 2022.



Malaysia pembekal terbesar sayur di sini, menyumbang 42 peratus bekalan sayur segar dan sejuk ke Singapura tahun lepas.



Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara itu mengalami hujan lebat dan ribut petir sejak 24 September, dengan cuaca tengkujuh dijangka berterusan hingga akhir bulan ini.



Musim tengkujuh di Malaysia dari Mei hingga September dan November hingga Mac.



Encik Alex Qiu, yang mengendalikan gerai sayur di Blok 475 Tampines Street 44, berkata harga bayam kini sekitar $3.50 hingga $4 sekilogram, meningkat daripada kira-kira $1.80 hingga $2 sekitar seminggu lalu.



"Apabila hujan berterusan, sayur ini mudah layu dan rosak. Kenaikan harga biasanya berlaku semasa musim hujan," kata Encik Qiu.



Naib setiausaha Persatuan Pengimport dan Pengeksport Buah dan Sayur Singapura, Encik Jerry Tan, berkata turun naik harga bukan disebabkan musim tengkujuh sahaja.



Petani memilih tanaman yang hendak ditanam berdasarkan keuntungan yang mereka fikirkan, yang mungkin menyebabkan gangguan bekalan bagi sayur tertentu.



"Ia seperti satu perjudian buat mereka. Mereka harap tanaman mereka seterusnya dapat memperoleh harga baik. Kadangkala mereka mendapat untung besar, tetapi mereka juga rugi pada masa-masa tertentu.



"Sesetengah petani lain akan menyediakan diri mereka untuk menghadapi musim tengkujuh dan menanam lebih banyak untuk memenuhi kuantiti tempahan yang telah dibuat," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >