Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga telur naik, pembeli mula berhemat

Kenaikan disebabkan kos makanan ayam, logistik yang lebih tinggi
Mar 18, 2022 | 07:34 AM



HARGA telur di Singapura kian meningkat sejak beberapa bulan ini, namun ia bukan kerana kekurangan bekalan di sini.



Ia disebabkan oleh harga makanan untuk ayam dan kos logistik yang lebih tinggi, dan peningkatan keseluruhan dalam inflasi sedunia.



Menurut laporan media setempat baru-baru ini, harga sedulang berisi 30 telur ialah $7.20, naik hampir sedolar daripada $6.15 bulan lalu.



Pemeriksaan Berita Harian (BH) semalam, menunjukkan sedulang berisi 30 telur masih dijual di beberapa pasar raya utama di sini pada harga $7.20.



Tinjauan rambang BH juga mendapati beberapa pembeli sudah mula memerhatikan kenaikan harga telur.



Lima daripada lapan pembeli yang ditemu bual BH berkata mereka menyedari harga telur telah meningkat.



Yang lain pula tidak menyedari akan kenaikan itu tetapi percaya harga barangan lain juga mungkin terjejas dek inflasi.



Cik Harlina Sani, 66 tahun berkata beliau akan mengurangkan kegunaan telur memandangkan harga sedang tinggi sekarang.



"Memang boleh nampak harga telur semakin naik. Dulu tak sampai $7 untuk sedulang berisi 30 telur, dan saya juga sudah memberitahu keluarga untuk tidak menggunakan banyak telur dalam masakan harian.



"Saya juga tidak bekerja, jadi perlulah pandai jimat cermat dalam pembelian harian," kata pesara itu yang tinggal bersama suami dan anak perempuannya di Bedok North.



Selain dari itu, peniaga juga terasa kesannya dengan kenaikan harga itu.



Seorang pekerja, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Ita di kedai makanan Ole Ole Javiyan di Bedok Food Centre, berkata kedainya itu menggunakan sekitar 150 telur setiap hari.



"Harga telur ada turun naiknya. Kami sebagai peniaga juga tidak ingin menaikkan harga hidangan kami kerana pelanggan akan merungut.



"Saya tidak mahu itu berlaku dan harga kami akan tetap sama," ujar beliau.



Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan Februari lalu bahawa harga telur telah meningkat kira-kira 30 peratus sejak akhir 2021.



Kenaikan harga diramalkan untuk tempoh jangka pendek, tetapi boleh kekal tinggi untuk sementara waktu sebelum stabil dan jatuh.



Walaubagaimanapun, tempoh tepat harga dinaikkan tidak diketahui.



FairPrice berkata harga telur telah meningkat sepanjang dua bulan lalu kerana faktor pasaran dalam sekitaran yang tidak menentu seperti permintaan dan bekalan, harga makanan ayam, kos logistik, dan kekurangan tenaga pekerja.



Bekalan telur setempat juga telah merosot bulan lalu disebabkan penyebaran penyakit Newcastle di Seng Choon Farm, satu daripada tiga ladang telur terbesar di Singapura. Ini menyebabkan penghasilan merosot sebanyak 40 peratus hingga 50 peratus.



Jurucakap FairPrice berkata ini adalah gangguan sementara, dan ia telah meningkatkan bekalan dari sumber lain, termasuk Malaysia dan Thailand.



Walaupun bekalan di Singapura mungkin turun naik dari semasa ke semasa, rangkaian pasar raya dan pembekal bercakap kepada ST bahawa bekalan telur keseluruhan kekal stabil kerana mereka bergantung kepada pelbagai sumber untuk memastikan stok mencukupi.



Encik Sng Kaijun, pengarah syarikat pengimport telur Dasoon, berkata bekalan untuk syarikat itu konsisten sejak tiga bulan lalu.



Dasoon mengimport telur dari negara seperti Malaysia, Poland, Thailand, Sepanyol dan Australia.



Tetapi sementara bekalan telur mencukupi, pembeli perlu terus menanggung kenaikan harga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >