Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Keharmonian Kaum di Masjid Ahmad Ibrahim

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



MASJID Ahmad Ibrahim telah mengadakan sambutan Hari Keharmonian Kaumnya yang pertama pada 27 Julai lalu.



Seramai 100 penduduk pelbagai bangsa dan agama telah menghadiri sambutan tersebut yang diadakan dari 3.30 hingga 6 petang Sabtu lalu di masjid yang terletak di Jalan Ulu Seletar itu.



Berpakaian baju tradisional masing-masing, mereka mempelajari tentang adat dan budaya bangsa lain, termasuk cara memakai pakaian tradisional Melayu.



Dihubungi Berita Harian, pengurus masjid tersebut, Ustaz Fachruddin Dzaki Mohamed, berkata idea mengadakan sambutan Hari Keharmonian Kaum itu tercetus setelah mereka menganjurkan satu karnival tahun lalu.



"Apabila kita anjurkan Karnival Kampung itu, sasarannya orang Melayu, tapi kita lihat ramai orang bangsa asing pun singgah nak tengok sebab minat nak tahu ada apa.



"Jadi tercetus idea untuk adakan sambutan Hari Keharmonian Kaum ini untuk kongsi adat kita dengan masyarakat, selain kita nak kembangkan lagi jangkauan kita kepada masyarakat bukan Melayu," ujar Ustaz Fachruddin Dzaki.



Antara akitivi yang diadakan, jelasnya, termasuk pertandingan pakaian tradisional antara kaum, demonstrasi memanah dan permainan tradisional seperti congkak, capteh dan gasing.



Selain itu, hadirin juga dapat menikmati makanan seperti perata yang dimakan atas daun pisang, rojak petis yang diletakkan dalam kon diperbuat dari daun tempeh serta minuman teh tarik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >