Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari pertama Ramadan disambut meriah di bazar seluruh negara

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura menyambut kedatangan bulan Ramadan dan berbuka puasa pada Khamis dengan pelbagai aktiviti dan hidangan beraneka selera dari bazar raya di seluruh negara.



Di Bazar Raya Geylang Serai anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), sekitar 700 gerai runcit serta makanan dan minuman hipster seperti cheesesteak, thai iced tea dan makanan kegemaran klasik seperti burger ramly, kebab dan nasi bungkus telah disediakan.



Di Bazar Raikan Cahaya Ramadan anjuran One Kampong Gelam pula menampilkan lebih 100 gerai bazar, termasuk 20 gerai runcit yang menjual seni moden, hasil kraf tangan dan pakaian tradisional.



Encik Norizham Ibrahim, 42 tahun, yang sedang membeli juadah untuk buka puasa bersama keluarga, berkata beliau amat gembira dengan pilihan yang telah disediakan di bazar Kampong Glam.



"Bazaar tahun ini amat meriah daripada yang sebelumnya. Sekarang ada banyak pilihan makanan baru seperti fusion dan banyak ruang juga untuk berjalan.



"Walaupun harga dia memang agak mahal, bagi saya ia tetap memadai. Bagi saya, kita akan bayar apa yang kita dapat dengan harga itu. Kita tak boleh harap yang murah sahaja kalau kita ingin yang sedap," tambah Encik Norizham.



Peniaga, Encik Encik Yusof Baba, 60 tahun, antara pemilik gerai Warong Man Baba yang sudah jual kuih raya lebih 10 tahun di Geylang Serai, memerhatikan bahawa bilangan pengunjung semakin meningkat.



"Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Ramai pengunjung sudah mula datang berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.



"Walaupun bilangan pengunjung masih rendah, sekarang dengan mulanya Ramadan, lebih ramai masyarakat kita sudah turun untuk membeli-belah," tambah Encik Yusof.



Selain suasana meriah di bazar, masjid-masjid sudah mula sibuk mengedarkan bubur Ramadan, dengan sesetengahnya memasak bubur sendiri buat kali pertama sejak Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >