Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hasil lebih baik buat dunia jika AS, China kerjasama

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



AMERIKA Syarikat dan China akan memberi hasil lebih baik kepada dunia dengan meneruskan usaha pendekatan dan mencari jalan bekerjasama dalam isu yang menjejas semua, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Pendekatan ini lebih baik daripada cuba membendung kebangkitan China, yang akan semakin sukar, tidak berkesan dan akhirnya menjejas kestabilan bagi semua, termasuk Amerika, kata Encik Wong.



Beliau, yang sedang mengadakan lawatan ke Amerika, berkata demikian dalam sebuah dialog di Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa di Washington DC, kelmarin.



Presiden kumpulan pemikir itu, Dr Adam Posen, yang mempengerusi dialog tersebut, bertanya bagaimana sebuah ekonomi pasaran bebas kecil dan demokratik seperti Singapura merancang menangani keadaan dunia di mana Amerika dan China bersedia menyimpang daripada cara yang berkekalan.



Menjawab, Encik Wong berkata: "Memang membimbangkan bahawa ada kehilangan kepercayaan dan keyakinan pada kedua-dua pihak. Hubungan menjadi lebih tegang selepas perang (Ukraine)".



Bagaimanapun, beliau menambah bahawa terdapat hubungan antara pemimpin, termasuk di peringkat tertinggi.



"Kami berharap ini akan membantu memastikan pertimbangan rasional dan wajar dibuat dan mengekalkan hubungan utuh, supaya anda tidak sampai ke situasi di mana terdapat penyimpangan besar atau konfrontasi secara langsung, yang akan memberi kesan buruk kepada seluruh dunia."



Sebahagian isunya ialah cara Amerika memilih respons terhadap kebangkitan China, kata Encik Wong.



Beliau berkata beberapa tahun lalu ada pandangan bahawa langkah membawa China ke dalam sistem sebagai pihak berkepentingan akan memastikan ia mempunyai kepentingan dalam status quo. Tetapi pandangan itu telah berubah, tambahnya.



"Langkah cuba membendung kebangkitan China... hanya akan menyebabkan China menggandakan keazamannya untuk lebih berdikari, mengembangkan syarikatnya sendiri dan membangunkan teknologi aslinya sendiri.



"Menghalang China memasuki sistem itu hanya akan menyebabkan China membangunkan sistem selarinya sendiri dengan peraturannya sendiri," katanya.



Hasil lebih baik ialah dua negara itu bekerjasama dalam isu-isu yang terdapat kepentingan bersama, ujar beliau.



"Realitinya ialah China akan membangun sendiri dan Amerika tidak akan mampu menyebabkan China menjadi lebih seperti Amerika. Tetapi di sebalik perbezaan ini, kedua-duanya, AS dan China, mempunyai banyak kepentingan bersama, apatah lagi mengenai isu global seperti perubahan iklim, tindak balas pandemik atau percambahan nuklear.



"Jika kita dapat mencari rangka kerja untuk dua pihak ini terus bersaing, tetapi dalam rangka kepentingan bersama dan saling bergantung, serta bekerjasama dalam isu yang dikongsi demi manfaat bersama, kita akan dapat mencapai dunia yang lebih selamat dan lebih baik," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >