Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasrat dari kecil ceburi kerjaya berkaitan penerbangan tercapai

Lulusan poly kini ke arah jadi jurutera pesawat berlesen lepas ikuti kursus ijazah kejuruteraan sistem penerbangan SIT
sit
Sep 16, 2022 | 05:30 AM



Lebih ramai lulusan baru Institut Teknologi Singapura (SIT) mendapat pekerjaan sepenuh masa tahun lalu, sedang ekonomi Singapura meningkatkan momentumnya semula. Malah, gaji permulaan mereka melebihi paras pra-Covid-19. Sebanyak 86 peratus kohort lulusan tahun lalu mendapat pekerjaan tetap sepenuh masa, meningkat daripada 69.8 peratus bagi kohort 2020. Secara keseluruhan, 95.6 peratus kohort 2021 mendapat pekerjaan, termasuk pekerjaan sambilan, dalam enam bulan lepas menerima ijazah, sama seperti kohort 2020. BERITA HARIAN memaparkan pengalaman dua lulusan SIT.



CINTANYA pada bidang penerbangan dan kejuruteraan bermula di bangku sekolah rendah.



Encik Muhammad Noor Hakeem Yusof masih ingat perasaannya melihat pesawat berlepas di Lapangan Terbang Changi semasa beliau dalam darjah lima.



Sejak itu beliau menanam hasrat menceburi kerjaya berkaitan penerbangan.



"Saya amat tertarik dan ingin tahu bagaimana sesuatu yang besar dan berat boleh terbang. Itulah yang membuat saya meminati bidang penerbangan dan kejuruteraan," ujar anak kedua daripada empat adik-beradik itu kepada Berita Harian.



Minat itu semakin mendalam apabila Encik Hakeem, 26 tahun, mengikuti kursus kejuruteraan aeroangkasa di Politeknik Temasek.



Selepas mendapat diploma, beliau mengikuti program sarjana muda kejuruteraan sistem penerbangan di Institut Teknologi Singapura (SIT) bagi menjadi jurutera pesawat berlesen (LAE).



Program itu dibangunkan dengan kerjasama SIA Engineering Company (SIAEC), yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada lebih 80 syarikat penerbangan antarabangsa dan pengeluar peralatan aeroangkasa di seluruh dunia.



Memandangkan program itu disusun bersama SIAEC, ia memberi bimbingan dan memendekkan masa pelatih menjadi LAE.



Encik Hakeem lulus Oktober tahun lalu dan kini bekerja sebagai jurutera pesawat pelatih di SIAEC. Beliau dijangka menjadi LAE April 2024.



"SIT menawarkan program yang membolehkan saya mencapai taraf LAE dalam 28 bulan, berbanding universiti lain, yang mengambil masa 48 bulan," jelas Encik Hakeem.



Kurikulum program SIT itu termasuk Program Kerja Sambil Belajar Bersepadu (IWSP) selama lapan hingga setahun bagi setiap pelajar. Ini memberi pelajar lebih banyak pengalaman bagi pekerjaan mereka pada masa depan.



Mengulas mengenai manfaat IWSP, Encik Hakeem berkata: "IWSP memperkukuh apa yang dipelajari dalam program itu. Saya dapat memahami lebih mendalam mengenai sistem penerbangan dan ia amat penting.



"Saya juga diberi peranan ketua dalam projek-projek kecil yang mengasah kemahiran kepimpinan dan komunikasi. Ini memberi saya lebih keyakinan kerana saya tahu saya harus berkomunikasi dan mengurus pasukan apabila menjadi seorang jurutera kelak.



"Selain itu, semasa belajar dulu, saya dilatih bahawa keselamatan amat penting dalam bidang ini. Oleh itu, sekarang saya amat berjaga-jaga apabila melakukan sebarang tugas."



Tugas beliau sekarang termasuk kerja penyelenggaraan seperti tukar tayar pesawat dan membantu dalam kerja pembaikan.



"Walaupun sukar, saya suka akan pekerjaan ini. Saya juga amat bersyukur diberi peluang oleh SIAEC untuk menerima tawaran pekerjaan ini sebelum tamat sekolah tahun lalu," ujarnya.



"Saya amat mengesyorkan sesiapa yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan penerbangan menimbangkan program ini kerana ia amat menjimatkan masa dan bimbingan sekolah serta syarikat yang diberi kepada pelajar dalam program ini amat menyeluruh," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >