Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

HDB akan lancar apartmen jagaan masyarakat di Queenstown

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan apartmen jagaan masyarakat (CCA) perintis kedua tahun ini di Queenstown bagi menyokong lebih ramai warga emas meniti hari tua secara berdikari.



Mengumumkan demikian di Parlimen semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata sekitar 200 unit tersebut akan ditawarkan dalam projek itu, yang turut menawarkan flat jenis lain.



Kemudahan seperti taman di bumbung, tempat bersenam dan ruang kehidupan masyarakat juga disediakan untuk menggalak interaksi sosial di kalangan semua penduduk.



"Kami mahu menawarkan spektrum pilihan perumahan untuk memenuhi aspirasi warga emas untuk hidup berdikari dalam masyarakat. Khususnya, kami ingin memenuhi aspirasi penduduk warga emas kami untuk jenis perumahan kehidupan dibantu yang menyepadukan perkhidmatan perumahan dan penjagaan," kata Dr Faishal.



Projek CCA perintis pertama dilancarkan tahun lalu di Bukit Batok dan menerima sambutan baik, kata Dr Faishal.



Ia mempunyai kadar permohonan 4.2 pemohon bagi setiap unit dan sejauh ini, lebih 90 peratus unit yang ditawarkan telah ditempah.



Tapak CCA kedua itu pula terletak dalam Kawasan Kesihatan @ Queenstown, di mana HDB, Universiti Nasional Singapura (NUS), rakan kongsi penjagaan kesihatan seperti Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan pertubuhan akar umbi tempatan sedang merintis strategi baru untuk mewujudkan persekitaran terbina yang menggalakkan gaya hidup sihat dan penuaan aktif serta sihat.



Queenstown juga mempunyai Hospital Alexandra, yang akan membolehkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan digabungkan dengan lancar ke dalam model penjagaan untuk penduduk.



Dr Faishal turut mengumumkan pelancaran tapak di Parry Avenue untuk penjualan melalui tender awam tahun ini, untuk kemudahan kehidupan dibantu swasta, bagi memberi warga emas lebih banyak pilihan kehidupan dibantu.



Kemudahan itu boleh menempatkan sekitar 300 hingga 400 warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >