Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB akan peruntuk lagi $1.5j bagi biayai projek cetusan masyarakat

Jul 26, 2021 | 05:30 AM



DI KOLONG Blok 158 Toa Payoh Lorong 1, penduduk boleh menanam sayur-sayuran secara hidroponik dan mesin layan diri dapat mengedarkan makanan bagi golongan memerlukan.



Di sebuah estet kejiranan di Bukit Panjang pula, sebuah taman dibentuk khusus bagi binatang-binatang peliharaan yang dapat menjalani permainan hambatan atau obstacles course yang menyeronokkan.



Projek yang dicetuskan hasil idea masyarakat ini mendapat rangsangan apabila Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan memperuntukkan lagi $1.5 juta bagi Dana Tempat Yang Rancak (LPF) semasa melancarkan Minggu Masyarakat HDB kelmarin.



Encik Lee berkata tekanan mungkin boleh berlaku di estet HDB kerana ramai meluangkan lebih banyak masa di rumah sedang bekerja dari rumah menjadi norma baru dan makan diluar dikenakan sekatan.



"Kami memahami keadaan ini merupakan cabaran. Di mana boleh, agensi akan melakukan terbaik untuk memberi sokongan," katanya.



Sejak diperkenalkan pada 2016, LPF telah mendapat sokongan menggalakkan, dengan lebih $800,000 diberikan bagi menyokong lebih 170 projek masyarakat yang memanfaatkan 85,000 penduduk HDB.



Dana tambahan baru itu menarik 650 peserta yang memulakan 60 projek di lapan estet perumahan, iaitu Bishan, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Punggol, Sengkang, Tampines, Toa Payoh and Yishun.



Daripada jumlah itu, 36 projek telah dilaksanakan.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata di sebalik cabaran akibat Covid-19, ia amat menggalakkan melihat penduduk bertemu dalam talian dan bekerja sama bagi menjayakan projek mereka bagi mengukuhkan ikatan masyarakat.



Selain dana sehingga $20,000 bagi projek mereka, setiap kumpulan juga akan menerima latihan dari Institusi Pendidikan Tinggi bagi membangunkan keupayaan mereka agar mereka dapat merealisasikan projek tersebut.



Kumpulan itu akan dinilai berdasarkan keupayaan berinteraksi dengan penduduk, faedah kepada masyarakat dan kesan keseluruhan.



Tiga pasukan terbaik akan diberi hadiah tunai $2,500 (projek dalam bangunan) dan $2,000 (luar bangunan).



Salah satu projek yang terpilih ialah Taman Haiwan@Taman Segar yang diusahakan oleh pasukan Encik Raymond Ang.



Mereka telah membuat taman haiwan kecil yang membolehkan pemilik haiwan berinteraksi dan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai penjaga binatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >