Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan suntik nafas baru bagi estet Choa Chu Kang

Dua pusat penjaja, ruang riadah baru antara kemudahan terkini
Oct 15, 2023 | 05:28 PM



Penduduk Choa Chu Kang dapat menjangkakan kemudahan baru dengan kegunaan bercampur, lebih banyak ruang riadah dan kehijauan di kawasan estet perumahan mereka pada masa akan datang.

Ini termasuk sebuah hab pengangkutan bersepadu yang baru di Pusat Bandar Choa Chu Kang dan bangunan setinggi 10 tingkat dengan pusat penjaja dan poliklinik berdekatan stesen MRT Yew Tee menjelang 2027. 

Bandar Choa Chu Kang, yang didiami seramai 162,000 penduduk, akan menjalani kerja penambahbaikan di bawah program Membentuk Semula Estet (ROH), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), umum Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong pada Ahad.

Pelan pembaharuan itu akan dilaksana dalam tempoh lima hingga 10 tahun mendatang. Program ROH bertujuan memperbaharui dan membangun lagi bandar dan estet sedia ada HDB bagi memenuhi keperluan penduduk yang berubah-ubah. Sejak pelancarannya pada 2007, sembilan bandar telah diberi suntikan nafas baru melalui ROH.

Choa Chu Kang adalah sebahagian daripada kumpulan bandar yang terkini untuk diperbaharui secara menyeluruh di bawah program tersebut, di samping Ang Mo Kio, Bukit Merah dan Queenstown. Choa Chu Kang merangkumi beberapa estet kejiranan termasuk Yew Tee, Keat Hong dan Teck Whye, serta flat HDB pertamanya yang dibina pada 1977.

Berucap di pelancaran pameran ROH, ‘At Home with Choa Chu Kang’, di Kelab Masyarakat Keat Hong pada Ahad, Encik Gan, yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Chua Chu Kang, berkata: “Kami akan memberikan nafas baru kepada pusat bandar kami, menghidupkan semula kemudahan riadah kami dan menyegarkan kemudahan kejiranan kami demi keselesaan dan kemudahan anda supaya kami boleh mencipta kenangan bersama dan rasa selasa tinggal di Choa Chu Kang.”

Antara kemudahan baru yang akan menyuntik kesegaran kepada kawasan itu adalah pembangunan kegunaan bercampur dan hab pengangkutan bersepadu di Pusat Bandar Choa Chu Kang, yang terletak berhampiran stesen MRT Choa Chu Kang. Kawasan ini bakal menyaksikan antara lain, beberapa kemudahan baru seperti pusat penjaja, pusat beli-belah pejalan kaki dan plaza bandar bagi menganjurkan acara.

Stesen MRT Choa Chu Kang Laluan Daerah Jurong (JRL) yang baru juga akan siap dibina pada 2027. Berdekatan stesen MRT Yew Tee pula, pembangunan bersepadu yang baru, Heart of Yew Tee, bakal memenuhi keperluan penduduk mulai suku pertama 2027. Bangunan setinggi 10 tingkat itu akan mempunyai sebuah pusat penjaja dan kelab masyarakat, antara lain. Selain itu, penduduk Choa Chu Kang boleh menjangkakan lebih banyak kehijauan dan ruang aktif untuk mengamalkan gaya hidup sihat.


Taman Choa Chu Kang akan dipertingkat untuk menyediakan ruang masyarakat serta taman baru, termasuk taman permainan semula jadi untuk kanak-kanak.


Sungei Peng Siang dan Terusan Pang Sua, yang popular dalam kalangan penduduk untuk kegiatan riadah, juga akan diubah suai dengan lebih tanaman.


Pembinaan koridor kegiatan yang baru di beberapa bahagian jejambat MRT Laluan Utara-Selatan di Choa Chu Kang turut dirancang.


Koridor itu akan disertakan tempat rehat, ruang permainan dan peralatan kecergasan.


Laluan berbasikal BMX dan kemudahan sukan dalam kawasan (SIP) Brickland yang baru juga akan diterapkan dalam zon kesejahteraan di bahagian selatan Choa Chu Kang.


Pelan pembaharuan itu dikemukakan selepas HDB mengendalikan tinjauan dan dua pusingan perbincangan kumpulan tumpuan bersama sekitar 480 penduduk dan pihak berkepentingan antara 2020 dengan 2022 bagi lebih memahami peningkatan yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >